web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sumbangan RM10 Juta Bantu Usaha FAM Stabilkan Bola Sepak Negara - Hamidin

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 3:59PM

Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas majlis pecah tanah ibu pejabat FAM di Presint 5 hari ini. - Gambar Benama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sumbangan RM10 juta kerajaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat membantu usaha badan induk itu dalam menstabilkan semula industri bola sepak negara yang masih terkesan dengan impak COVID-19.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM melalui tempoh yang sukar termasuk dari aspek kewangan apabila kehilangan beberapa penaja sejak pandemik itu bermula pada awal 2020.

Menurut Hamidin, beliau menyuarakan mengenai perkara itu pada pertemuan kepimpinan FAM bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melakukan kunjungan hormat di Bangunan Parlimen pada November lepas.

“Jadi itu (sumbangan) memang akan digunakan untuk FAM keseluruhannya dan pasukan kebangsaan. Saya akan bincang dengan Exco mengenai apa yang perlu dibuat.

“Kita (FAM) pun sebelum ini kehilangan penaja dan kita tengah mencari penaja baharu, jadi sumbangan ini dapat membantu FAM untuk jalankan apa jua usaha kerana betapa sukarnya kita sejak 2020,” katanya pada sidang media majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM itu.

Ismail Sabri dalam ucapannya sempena majlis itu mengumumkan kerajaan akan menyumbang RM10 juta kepada FAM tahun ini sebagai sokongan untuk pembangunan bola sepak negara.

Beliau berharap ia dapat membantu FAM melahirkan pemain berkualiti dan membangunkan fasiliti secara terancang bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sumbangan diumumkan perdana menteri itu adalah tambahan daripada peruntukan yang diluluskan di Parlimen melalui Bajet 2022.

“Alhamdulillah pengumuman tadi berita baik bukan sahaja kepada FAM tetapi kepada seluruh peminat bola sepak negara ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad