web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Lepasi Halangan Penang FC, Rampas Takhta Pendahulu

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 8:21AM

Leandro Velazquez meraikan jaringannya. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas kedudukan takhta Liga Super selepas mengatasi Penang FC 2-0, pada aksi yang berlangsung sengit di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini.

Skuad Harimau Selatan bergelut hampir sepanjang perlawanan dalam usaha menembusi gawang Penang FC yang dikawal rapi barisan pemain bimbingan ketua jurulatih Tomas Trucha, sebelum akhirnya dihadiahkan sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.

Leandro Velazquez menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-81 sekali gus menghukum kesilapan penjaga gol pelawat Samuel Somerville yang mengasari Gonzalo Cabrera dalam kawasan penalti.

Penang FC terus goyah sejurus gol pembukaan perlawanan sehingga membenarkan JDT menyumbat gol kedua perlawanan menerusi Fernando Rodriguez pada minit ke-85, untuk menghadiahkan tiga mata penuh dan meneruskan rentak kemenangan pasukan.

Pada masa sama, Terengganu FC (TFC) turut merakam kemenangan kedua liga selepas mencalar ego Selangor FC dengan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Jordan Mintah membuka akaun gol skuad Penyu menerusi tandukan pada minit ke-35, sebelum sentuhan pertama pemain gantian Mohammad Rahmat Makasuf pada minit ke-61 memastikan TFC selesa mendahului 2-0.

Selangor FC merapatkan kedudukan apabila Mohamad Shahrul Nizam Ros Hani tertampan gol sendiri pada minit ke-74, namun Mohamad Hakimi Abdullah memastikan TFC mengutip tiga mata penuh dengan meledak gol ketiga pada masa tambahan penghujung perlawanan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit daripada kekecewaan aksi Piala Sumbangsih minggu lalu, apabila melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas Sabah.

Dua gol skuad tuan rumah masing-masing dijaringkan Tchetche Kipre pada minit ke-15 dan Kpah Sherman pada minit ke-21, sudah cukup untuk memberikan tonik berharga menjelang aksi berdepan Penang FC Jumaat ini.

Sementara itu, Negeri Sembilan FC merampas kedudukan pendahulu Liga Premier, selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan kejayaan 2-1 menundukkan Selangor FC 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain import baharu dari Cameroon Alain Akono muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87, selepas kedua-dua pasukan terikat hasil jaringan pembukaan R. Barathkumar pada minit ke-31 dan jaringan penyamaan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-72.

Dalam pada itu, Skuad Projek FAM-MSN mengalami kekalahan kedua berturut-turut setelah tewas 1-2 kepada Kelantan FC di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad