web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang Brazil Ronaldo Positif COVID-19

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 2:15PM

Ronaldo (kanan) disahkan positif oleh kelab Cruzeiro. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIO DE JANEIRO - Ronaldo, pemenang Piala Dunia dua kali, tidak dapat menyertai sambutan ulang tahun ke-101 Cruzeiro, kelab Brazil kepunyaannya, selepas disahkan dijangkiti COVID-19.

Bintang bola sepak berusia 45 tahun itu hanya mengalami gejala ringan tetapi akan berehat dan menjalani kuarantin diri selaras dengan protokol kesihatan, kata Cruzeiro pada Ahad, menurut Xinhua.

“Cruzeiro mengumumkan pada Ahad bahawa Ronaldo Nazario didapati positif COVID-19,” menurut kenyataan kelab bola sepak itu.

“Oleh itu, mustahil beliau menghadiri Belo Horizonte bagi merayakan sambutan itu.”

Acara itu khusus diadakan sempena penampilan umum Ronaldo buat pertama kali setelah beliau membeli Cruzeiro dengan pegangan majoriti  bernilai 400 juta reais (sekitar US$70 juta) pada bulan lepas.

Bekas penyerang itu memulakan kariernya di Cruzeiro pada 1993, menjaringkan 56 gol dalam 58 perlawanan di semua pertandingan bagi pasukan Belo Horizonte sebelum berpindah ke PSV Eindhoven pada Julai 1994.

“Ronaldo kesal kerana tidak dapat menyertai aktiviti yang dirancang itu, tetapi kami akan mengumumkan jadual baharu sempena penampilannya di Belo Horizonte,” tambah kenyataan itu.

Ronaldo, yang juga pemilik kelab Sepanyol, Real Valladolid, bersara pada 2011 selepas melakar karier cemerlang dengan Barcelona, ​​Inter Milan dan Real Madrid.

Beliau menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan untuk Brazil dan merupakan ahli pasukan kebangsaan kempen Piala Dunia 1994 dan 2002. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad