web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketinggalan 2 Gol, Chelsea Bangkit Ikat Liverpool

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:00AM

Kovacic meraikan membuka jaringan buat Chelsea. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea memberi persembahan bersemangat untuk bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengikat Liverpool 2-2 tanpa kelibat tonggak serangan Romelu Lukaku.

Pasukan kendalian Thomas Tuchel itu dalam bahaya di belasah selepas Sadio Mane dan Mohamed Salah menjaringkan dua gol awal di Stamford Bridge.

Keadaan Chelsea tampak semakin melarat dengan penyerang Belgium Lukaku di rehatkan selepas memberi komen yang berbunyi beliau tidak gembira dengan masa bermainnya yang sedikit, lalu menyebabkan Tuchel berang.

Tetapi voley Mateo Kovacic memberi Chelsea harapan pada minit ke-42.

Christian Pulisic melengkapkan kebangkitan Chelsea di masa tambahan babak pertama.

Keputusan ini memastikan Chelsea terus berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, satu mata di hadapan Liverpool.

Tetapi mereka mengekori pendahulu liga Manchester City dengan 10 mata selepas seri empat daripada lima perlawanan liga terakhir.

“Ini perlawanan yang hebat. Kami bermula dengan baik dan dibolosi dua gol daripada kesilapan individu yang akan dihukum pada tahap ini.

“Kami berjaya bangkit, dan amat hampir untuk memenangi perlawanan tetapi keputusan hari boleh sangat seimbang,” kata Tuchel.

Apabila ditanya tentang Lukaku, Tuchel berkata: “Beliau masih bermain untuk kami, masih ada peluang untuk berbaik semula. Kami akan uruskan perkara ini di sebalik tabir.” - AFP

Keputusan lain:

Leeds 3 Burnley 1

Everton 2 Brighton 3

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek