web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Rangkul Piala AFF Buat Kali Keenam

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 8:28AM

Thailand meraikan kejayaan menjuarai Piala AFF. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Thailand sekali lagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara, walaupun seri 2-2 dengan Indonesia pada perlawanan final kedua bagi merangkul Piala AFF buat kali keenam, di Singapura, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Gajah Perang yang menewaskan Garuda 4-0 pada perlawanan final pertama pada Rabu (29 Disember), menang dengan agregat 6-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura.

Indonesia yang bermain lebih agresif berbanding perlawanan pertama, mendapat gol pertama seawal minit ketujuh menerusi rembatan pemain tengah Ricky Kambuaya dari luar petak penalti, membolehkan pasukan didikan jurulatih Shin Tae-yong dari Korea itu mendahului 1-0.

Thailand hampir menyamakan kedudukan pada minit pertama masa tambahan separuh masa pertama, namun cubaan kaki kanan Teerasil Dangda dari tengah-tengah petak penalti, hanya melepasi palang gol dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik permulaan separuh masa kedua, anak buah jurulatih kelahiran Brazil-Jerman Alexandre Polking, meningkatkan momentum permainan mereka dan menyaksikan Thailand memperoleh dua gol menerusi pemain serangan Adisak Kraison dan pemain tengah Sarach Yooyen.

Adisak yang masuk menggantikan Teerasil, menyamakan kedudukan pada minit ke-54 sebelum jaringan Sarach dari luar kotak penalti dua minit kemudian, menjadikan kedudukan 2-1.

Namun Egy Maulana Vikri yang bermain untuk Kelab Slovakia FK Senica, berjaya memberikan satu lagi gol buat Indonesia pada minit ke-80, bagaimanapun ia tidak mencukupi dan agak terlewat untuk mereka untuk mengaturkan gerakan seterusnya, sebelum pengadil Ahmed Faisal Mohammad Al Ali meniupkan wisel penamat bagi memastikan piala itu kembali ke Thailand.

Thailand merupakan juara kejohanan dwitahunan itu pada 1996, sebelum merangkulnya semula pada edisi 2000, 2002, 2014 dan 2016, manakala Indonesia masih gagal memecahkan kebuntuan selepas hanya menjadi naib juara lima kali iaitu pada 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad