web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyertaan Atlet Israel: MOM Kerjasama Dengan KBS Bawa Isu Kepada Kabinet

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 3:43PM

IOC telah mengeluarkan satu lagi amaran kepada negara yang enggan membenarkan atlet dari negara tertentu menyertai kejohanan besar atas sebab politik. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu dalam membangkitkan isu berkaitan penyertaan atlet Israel di Malaysia kepada kabinet tidak lama lagi.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Malaysia perlu mendapatkan keputusan muktamad mengenai isu berkenaan jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk dari segi penganjuran acara sukan antarabangsa pada masa depan.

“Kita akan berhubung dengan kementerian untuk membawa perkara ini kepada kerajaan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk masa depan kerana jika kita mahu terus menganjurkan kejohanan antarabangsa, ini adalah isu yang pada asasnya akan timbul.

“Kita memandang serius isu ini dan meminta kerajaan segera melihat perkara ini kerana masyarakat sukan dunia sedang menunggu maklum balas daripada kita,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Mohamad Norza berkata beliau juga telah bertemu dengan wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan perkara berkenaan baru-baru ini.

Selasa lepas, sebuah portal berita asing melaporkan bahawa IOC telah mengeluarkan satu lagi amaran kepada negara yang enggan membenarkan atlet dari negara tertentu menyertai kejohanan besar atas sebab politik.

IOC memetik pembatalan Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia pada 7 hingga 11 Disember di sini, atas sebab keengganan Malaysia membenarkan atlet Israel memasuki negara serta Kejohanan Tinju Dunia AIBA yang menyaksikan pasukan tinju Kosovo tidak dibenarkan bersaing di Serbia.

Mohamad Norza turut memberi jaminan MOM akan terus berhubung dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan mereka menyampaikan penjelasan yang betul berhubung isu tersebut.

“Sebagai contoh, mengenai kejohanan skuasy itu, kita telah memberikan penjelasan hingga peringkat Persekutuan Skuasy Dunia.

“Bagaimanapun, kami di MOM berpendapat bahawa kerajaan perlu membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini. Saya rasa tidak sepatutnya terlalu banyak politik dalam sukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail percaya kerajaan akan memberi perhatian terhadap perkara itu termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak dan agensi berkaitan tidak lama lagi bagi membantu mereka mengambil tindakan seterusnya berhubung isu tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad