web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia: Zii Jia Terselamat 'Kejutan' Pemain Brazil

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 7:57AM

Zii Jia memerlukan rubber set untuk mengalahkan lawan dari Brazil. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terselamat daripada ‘kejutan’ pemain Brazil, Ygor Coelho apabila berjaya memenangi perlawanan dengan rubber set untuk menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.

Walaupun memenangi set pertama 21-14, juara All England 2021 itu mensia-siakan peluang untuk menamatkan permainan lebih awal apabila membenarkan pemain ranking 50 dunia itu menewaskannya pada set kedua 24-22 sebelum pemain Malaysia itu kembali tenang untuk muncul pemenang dalam set penentuan 21-14.

Zii Jia, pemain pilihan keenam dalam kejohanan itu, akan bertemu pemenang antara pilihan kesembilan Kanta Tsuneyama dari Jepun atau pemain Denmark, Hana-Kristian Solberg Vittinghus selepas ini.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren selepas disingkirkan pemain India, H S Prannoy 21-7, 21-17.

Sementara itu, pemenang pingat perak beregu lelaki Olimpik Rio 2016 Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang kembali digandingkan memulakan kempen mereka dengan penuh bergaya apabila menewaskan Hiroki Okamura-Masayuki Onadera dari Jepun, 21-15, 22-24, 21-16.

Beregu pilihan ke-10 itu akan berhadapan Bjame Veiss-Jan Colin Volker dalam perlawanan seterusnya selepas pasangan Jerman itu mendapat “kemenangan percuma” berikutan lawan mereka Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia menarik diri daripada pertandingan.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tidak dapat meneruskan cabaran Malaysia selepas gagal meneruskan permulaan yang baik pada set pertama dengan kemenangan 21-10 dan tewas 21-12, 21-11 dalam dua set seterusnya kepada Ng Tsz Yau-Yuen Sin Ying dari Hong Kong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad