web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepulangan Gerrard Ke Anfield Dikecewakan Salah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 8:22AM

Gerrard menyapa Salah selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIVERPOOL - Mohamed Salah menjaringkan gol tunggal Liverpool yang mengecewakan Steven Gerrard dalam kepulangannya ke Anfield sebagai pengurus Aston Villa.

Gerrard berdepan dengan pasukan lamanya buat kali pertama dalam kariernya sebagai pengurus atau pun pemain, diberikan sambutan yang suam di Anfield.

“Saya harus terima perkara ini sangat beremosi buat saya dan keluarga.

“Saya perlu mengawal emosi dan mengawal suara luar dan memberikan penghormatan kepada Aston Villa,” kata Gerrard.  

Villa didominasi oleh Liverpool, tetapi dapat memberi saingan kerana pertahanan yang mantap, persembahan baik daripada penjaga gawang Emiliano Martinez dan keputusan pengadil Stuart Attwell yang menyebelahi mereka.

Attwell menolak dua permintaan sepakan penalti daripada Liverpool di babak pertama.

Tetapi 25 minit sebelum perlawanan tamat Tyrone Mings menjatuhkan Salah dalam kotak penalti dan bintang dari Mesir itu menyempurnakan sepakan untuk gol ke-21nya dalam 22 perlawanan musim ini.

Kemenangan ini memastikan Liverpool kekal satu mata di belakang Manchester City yang mendahului Liga Perdana Inggeris.

Keputusan lain:

Man City 1 Wolves 0

Chelsea 3 Leeds 2

Arsenal 3 Southampton 0

Norwich 0 Man United 1

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad