web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA Ke-31 Pada 12 Hingga 23 Mei Tahun Depan - MOM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:03AM

Norza Zakaria - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan memaklumkan tarikh temasya dwitahunan itu disahkan pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara maya hari ini.

Menurut MOM sebanyak 40 jenis sukan dan 526 acara akan dipertandingkan pada temasya itu.

MOM diwakili tiga perwakilan diketuai Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Naib Presiden Datuk Mumtaz Jaffar dan Setiausaha Agung Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib manakala Datuk Sieh Kok Chi turut hadir pada mesyuarat itu atas kapasiti sebagai Ahli Kehormat SEAGF.

MOM memaklumkan mesyuarat tersebut telah memutuskan Sukan SEA ke-32 di Kemboja akan diadakan dari 5 hingga 17 Mei 2023 dengan 42 jenis sukan dicadangkan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) untuk pertimbangan.

Sukan SEA ke-33 di Thailand pula akan diadakan di Bangkok pada 2025 namun tarikh, sukan dan acara akan disahkan kemudian.

“Mesyuarat Majlis SEAGF seterusnya untuk membincangkan penganjuran Sukan SEA ke-32 Kemboja akan diadakan pada Februari 2022 manakala perbincangan mengenai penganjuran Sukan SEA ke-31 di Vietnam akan diadakan pada 11 Mei 2022,” menurut MOM.

Julai lepas, SEAGF mengesahkan Sukan SEA ke-31 yang dijadual berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember lepas ditunda ke tahun depan susulan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar