web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atletico Mara, Liverpool Kekal Sempurna

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2021 7:53AM

Pemain-pemain Atletico Madrid meraikan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Atletico Madrid berjaya menumpaskan Porto awal pagi tadi untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Liverpool dan Ajax pula berjaya menamatkan pusingan kumpulan dengan rekod tanpa kalah.

Pasukan Diego Simeone, Atletico, yang kalah kepada Real madrid di final 2014 dan 2016, perlu mengalahkan Porto di Portugal untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan berjaya mengalahkan pasukan Liga NOS itu 3-1 dalam perlawanan yang menampilkan tiga kad merah.

Antoine Griezmann meletakkan juara liga Sepanyol itu di hadapan pada minit ke-56 di Estadio do Dragao tetapi kemudian Yannick Carrasco di arahkan keluar padang kerana menjatuhkan Otavio.

Dengan keadaan yang semakin melarat, Porto juga kehilangan seorang pemain selepas Wendell dilayangkan kad merah kerana menyiku leher pemain Atletico Matheus Cunha, sebelum penjaga gol gantian Agustin Marchesin juga menerima nasib yang sama.

Dengan Porto mencari gol penyamaan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya, Atletico menjaringkan gol kedua mereka di minit terakhir perlawanan melalui Angel Correa sebelum Rodrigo De Paul menjaringkan gol ketiga di masa kecederaan.

Sergio Oliveira menjaringkan penalti untuk gol sagu hati buat Porto.

Atletico menamatkan saingan Kumpulan B di tangga kedua, 11 mata di belakang Liverpool, yang melengkapkan rekod sempurnanya dengan mengalahkan AC Milan 2-1 di San Siro.

Milan berada di hadapan menerusi jaringan Fikayo Tomori.

Mohamed Salah kemudian menyamakan kedudukan di minit ke-36 sebelum Divock Origi memberi kelebihan kepada Liverpool di babak kedua.

“Ini persembahan yang hebat.

“Kami mencipta banyak peluang dan para pemain menunjukkan kebolehan mereka,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp. - AFP

Keputusan lain:

Leipzig 2 Man City 1

PSG 4 Club Brugge 1

Ajax 4 Sporting 2

Porto 1 Atletico Madrid 3

Real Madrid 2 Inter 0

Milan 1 Liverpool 2

Shakhtar 1 Sheriff 1

Dortmund 5 Besiktas 0

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar