web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Terbuka Switzerland

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 11:56AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menang ke atas Victor Svendsen dari Denmark di kejohanan badminton Terbuka Switzerland di St Jakobshalle, Basel.

Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11, untuk berdepan lawannya dari India, B Sai Praneeth bagi perebutan slot ke separuh akhir.

Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak perlu bermandi peluh untuk melangkah ke suku akhir apabila lawan mereka di pusingan kedua Jeppe Bay-Lasse Molhede dari Denmark, menarik diri.

Gandingan di ranking kesembilan dunia itu akan menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Dalam acara beregu campuran pula, pasangan profesional Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tampil sebagai pilihan pertama menang ke atas gandingan Perancis, Ronan Albar-Anne Train 21-12, 21-16 dan akan berdepan Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark pada aksi suku akhir.

Pasangan beregu wanita semakin menyinar Pearly Tan-M Thinaah turut menempah slot ke suku akhir setelah menyingkirkan Anastasiia Akchurina-Olga Morozova dari Russia 21-16, 21-18 untuk berdepan Amalie Magelund-Freja Ravn dari Denmark.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Goh V Shem-Tan Wee Kiong apabila misi meraih mata berharga kelayakan ke Olimpik Tokyo terjejas selepas tewas kepada pasangan Jerman Mark Lamfuss-Marvin Seidel 21-19, 21-19. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad