web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: JDT Bertemu KL Di Final

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 7:58AM

Pasukan JDT berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di landasan tepat untuk mengekalkan kejuaraan, selepas mara ke final ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dengan membenam Terengganu FC (TFC) 4-1 secara agregat pada pusingan separuh akhir.

Pada aksi ‘panas’ di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, skuad Harimau Selatan bermula garang apabila berjaya meledak tiga gol dalam masa 15 minit pertama, seolah-olah memberikan amaran kepada pasukan pelawat.

Skuad kendalian Benjamin Mora membuka jaringan menerusi rembatan jarak jauh kaki kiri penyerang dari Brazil, Bergson da Silva pada minit keenam, yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang TFC, Mohd Suhaimi Husin.

Kelalaian barisan pertahanan skuad Penyu untuk mengawal perlawanan terus dihukum oleh juara Liga Super itu, apabila penyerang import dari Argentina, Gonzalo Cabrera menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Juara dua kali (2017, 2019) JDT, yang melakukan serangan bertali arus seperti hujanan peluru berpandu menambah derita buat pasukan kendalian Nafuzi Zain, selepas  Bergson yang tidak dikawal, sekali lagi melepaskan rembatan kencang ke dalam gawang, kali ini dari jarak dekat pada minit ke-14.

Bagaimanapun, pesta dan keriangan JDT tidak bertahan lama apabila perancang tengahnya, Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin dua minit kemudian, kerana mengasari dan ‘menanduk’ Muhammad Faisal Halim.

Namun, TFC yang juga juara edisi 2001, gagal menggunakan kelebihan beraksi menentang 10 pemain untuk bangkit merapatkan jurang, menyaksikan keputusan terikat 3-0 hingga wisel penamat.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lepas.

JDT melangkah ke peringkat empat terakhir selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada suku akhir, manakala TFC membenam Sarawak United FC 6-3.

Pada aksi final Piala Malaysia 2021 pada 9 malam Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, JDT bakal dicabar oleh juara tiga kali, Kuala Lumpur (KL) City FC yang melangkah ke pentas final selepas 32 tahun.

Aksi di Stadium Hang Jebat yang tergendala lebih kurang sejam akibat gangguan bekalan elektrik, berpihak kepada KL City dengan mengatasi Melaka United 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan.

Aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, turut terikat 1-1.

Skuad ‘The City Boys’ terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah pada minit kesembilan, apabila J. Partiban meledak masuk bola hasil percubaan Muhammad Akram Mahinan, namun Melaka berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-65.

Dalam penentuan penalti, Paulo Josue, Romel Morales, Indra Putra Mahayuddin, Hadin Azman dan Giancarlo Gallifuoco semuanya menepati sasaran untuk KL City, manakala Adriano Narcizo, Manuel Ott dan Sony Norde menjaringkan gol, namun percubaan Giovane Gomes terkena palang untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Bojan Hodak.

Sementara itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi kenyataan berkata daripada 20,000 tiket untuk aksi final, setiap pasukan finalis akan diberikan sebanyak 9,000 keping tiket untuk dijual menerusi Tickethotline, manakala baki tiket pula komitmen MFL kepada penaja-penaja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Operasi LRT Stesen Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 1 Pagi Jumaat Ini

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kejayaan Luar Biasa JDT - Mohd Farizal

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bidoglio Bantu JDT Cipta Sejarah Selepas Lalui Tempoh Sukar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad