web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Kejutkan Juara Olimpik Di Masters Indonesia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 8:22AM

Aaron Chia (kanan) membalas pukulan lawan dalam aksi suku akhir semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menang bergaya menundukkan Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chai-Lin.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo itu yang merupakan pilihan kelima kejohanan, melaksanakan strategi mereka dengan tenang untuk mengalahkan pasangan ranking ketiga dunia dari Taiwan 21-13, 21-15, dalam masa 31 minit, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, semalam.

Ini adalah kemenangan sulung beregu nombor tujuh dunia itu ke atas gandingan Taiwan tersebut, selepas tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik dijadualkan bertemu pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, yang mengetepikan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 19-21, 21-14, 21-19, pada pertembungan merebut slot ke pusingan separuh akhir esok.

Aaron berkata kemenangan itu menaikkan lagi semangat mereka bagi menghadapi perlawanan seterusnya dalam memburu gelaran juara Kejohanan Jelajah Dunia BWF pertama mereka.

“Cara kami bermain memberi banyak tekanan kepada mereka, kami tidak memberi mata mudah dan bulu tangkis hari ini agak perlahan, kami pernah bermain dengan bulu tangkis yang perlahan di (Piala) Sudirman dan Piala Thomas baru-baru ini, jadi sudah biasa,” katanya kepada Media BWF.

Bagi Wooi Yik, pengalaman pada separuh akhir Terbuka Perancis ketika tewas pada Ko Sung Hyun-Shin Baekcheol dari Korea Selatan, membantu mereka kekal fokus sehingga mata kemenangan.

“Kami fokus pada perlawanan dan tidak memikirkan untuk menang apabila mendahului permainan, ini kami belajar daripada pengalaman.

“Sebenarnya selepas beberapa kejohanan seperti Sudirman, Piala Thomas (Terbuka Denmark, Terbuka Perancis) agak meletihkan dan fizikal kami tidak pada tahap terbaik. Mujur kami langkau Terbuka Hylo untuk melakukan penyesuaian,” kata beliau.

Sementara itu, beregu profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga melangkah ke separuh akhir setelah mengalahkan pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-13, 18-21, 21-18 dalam perlawanan yang mendebarkan.

Bagaimanapun mereka berhadapan tugas berat menentang beregu No 2 dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, esok.

Selain itu, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengakhiri saingan di kejohanan itu setelah ditundukkan pasangan No 2 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 21-17, 21-9 dalam perlawanan selama 34 minit.

Beregu wanita negara turut terkandas apabila pasangan Pearly Tan-M Thinaah kalah 21-14, 21-15 kepada beregu No 9 dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad