web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masters Indonesia: Kecederaan Belakang Paksa Zii Jia Tarik Diri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 7:59AM

Lee Zii Jia - Gambar dari Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen pemain badminton perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia di Masters Indonesia berakhir semalam selepas beliau menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan belakangnya.

Pemain berusia 23 tahun yang dibenarkan bermain pada acara Jelajah Dunia BWF Super 750, memutuskan untuk menarik diri pada ketika ketinggalan 9-11 dalam perlawanan menentang pemain Denmark Rasmus Gemke, pada perlawanan pusingan pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua.

Pemain No 7 dunia itu sebelum ini berhenti daripada permainan pada perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman pada 7 November, ketika perlawanan berkedudukan 21-19, 13-21 dan 12-17 berhadapan pemain Singapura kelahiran Pulau Pinang, Loh Kean Yew.

“Pinggang Zii Jia masih belum sembuh sepenuhnya dan dia masih merasai kesakitan, kita tidak akan paksa Zii Jia untuk terus bermain.

“Kita akan terus pantau keadaan Zii Jia, kerana masih ada kejohanan minggu hadapan,” kata ketua jurulatih perseorangan negara Hendrawan.

Zii Jia berkata, beliau telah cuba untuk bermain walaupun mengalami kecederaan, namun terpaksa berhenti disebabkan kesakitan.

“Memang kecederaan saya pun belum sembuh sepenuhnya, tapi tadi saya sudah cuba, kemudian memang masih sakit lagi. Saya rasa bukan sahaja kecederaan belakang ini, tapi badan saya pun sangat letih, mungkin ada lain-lain bahagian yang ada kecederaan,” katanya kepada RTM.

Juara All England itu berkata, dengan lebih banyak kejohanan seperti Terbuka Indonesia (23-28 Nov) dan Final BWF Dunia (1-5 Dis), beliau akan membuat keputusan mengenai penyertaannya kemudian.

Sementara itu pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik Rio 2016 pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sekali lagi terkeluar pada pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Jerman Jones Ralfy Jansen-Linda Efler pada pusingan pertama.

Pasangan No 8 dunia itu juga tewas pada pusingan pertama di Terbuka Hylo dan Terbuka Denmark, selain pada peringkat suku akhir Terbuka Perancis dalam tempoh beberapa minggu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar