web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Franco Morbidelli Intai Sasaran Lebih Tinggi Dalam Musim Ke-3

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 8:31AM

Franco Morbidelli - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas menamatkan Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) selaku naib juara tahun lepas, Franco Morbidelli sedar bahawa hanya satu cara sahaja yang tinggal untuk memperbaiki pencapaiannya dengan menamatkan musim 2021 sebagai juara  dalam siri perlumbaan yang akan bermula di Litar Losail, Qatar penghujung bulan ini. 

Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak penyertaan sulung pasukan dari Malaysia dalam kelas perdana itu pada 2019, bertekad untuk melakukannya apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M1.  

“Sasaran peribadi saya untuk 2021 ialah untuk jadi bertambah baik, mempertingkatkan diri sebagai seorang individu, seorang pelumba dan seorang atlet. Saya tahu ia adalah susah dan sukar kerana pada tahun lepas kami agak pantas, melakukan tunggangan yang baik dan mencapai keputusan yang cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelumba berusia 26 tahun itu menikmati kemanisan kejayaan musim lepas, memenangi tiga perlumbaan dan menamatkan perlumbaan masing-masing sekali di tempat kedua dan ketiga daripada 14 perlumbaan yang disertainya.

Mengenai perkongsian garaj dengan mentornya dan legenda sukan MotoGP Valentino Rossi, Morbidelli menjangkakan musim yang hebat buat kedua-dua pelumba Itali itu. 

“Kami menikmati persahabatan erat beberapa tahun lamanya dan kami belajar daripada satu sama lain. Saya pasti berjuang untuk Petronas Yamaha SRT dan bersaing dengan Vale (Rossi) akan menjadi cabaran paling penting dan menyeronokkan dalam kerjaya saya.

Ini merupakan tahun ketiga saya bersama pasukan dan banyak yang saya suka mengenai pasukan ini. Yang paling utama ialah orang-orangnya, mudah untuk bekerja dengan kumpulan sama kerana anda dapat mengenali mereka yang bekerja di dalam,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar