web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


West Ham Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 9:06AM

Alisson menampilkan persembahan mengecewakan menentang West Ham. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - West Ham mengalahkan Liverpool 3-2 awal pagi tadi untuk menamatkan urutan 25 perlawanan tanpa kalah The Reds, manakala Aston Villa pula memecat pengurusnya Dean Smith.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp hanya memerlukan satu perlawanan untuk mencatat 26 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, satu rekod baharu buat kelab itu.

Tetapi tiga kesilapan penjaga gol Alisson Becker meranapkan impian tersebut.  

Liverpool bertandang ke Stadium London dengan rekod tanpa kalah sejak April tetapi pulang dengan kekecewaan.

Dengan kemenangan ini West Ham melonjak di hadapan Liverpool untuk posisi ketiga di carta Liga Perdana Inggeris.

Jaringan sendiri Alisson memberi kelebihan kepada West Ham di babak pertama, tetapi Trent Alexander-Arnold menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma empat minit sebelum waktu rehat.

Alisson sekali lagi dipersalahkan apabila Pablo Fornals dan Kurt Zouma menjaringkan dua gol di babak kedua.

Divock Origi menambah jaringan buat Liverpool tetapi ia tidak cukup untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.

Liverpool kekal empat mata di belakang pendahulu liga Chelsea.

Terdahulu Villa mengumumkan yang mereka telah memecat pengurus Smith selepas lima kekalahan berturut-turut, hanya 24 jam selepas Norwich memberitahu Daniel Farke khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Bekas juara Eropah itu kini di tangga ke-16 di liga selepas mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan.

Smith merupakan pengurus kelab Liga Perdana Inggeris kelima yang dipecat musim ini. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad