web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solskjaer Tertekan Lagi, Norwich Pecat Farke

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 8:56AM

Solskjaer tidak risau akan dipecat oleh Manchester United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ole Gunnar Solskjaer tertekan lagi selepas Manchester United ditumpaskan 2-0 oleh Manchester City di laman sendiri, Norwich pula memilih untuk memecat pengurus mereka Daniel Farke walaupun berjaya mengecapi kemenangan pertama pasukan itu di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dua minggu selepas dimalukan 5-0 oleh Liverpool, United sekali lagi dijinakkan di Old Trafford.

Gol sendiri Eric Bailly dan jaringan Bernardo Silva sebelum waktu rehat memberikan kemenangan mudah kepada City. Hanya ketangkasan penjaga gawang David de Gea menyelamatkan The Red Devils daripada dimalukan lagi.

United hanya menang satu daripada enam perlawanan liga yang lepas dan rekod itu memberikan Solskjaer - dan pentadbir kelab itu - banyak untuk difikirkan ketika rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Kemenangan 3-0 terhadap Tottenham minggu lalu memberikan harapan kepada Solskjaer yang pasukannya telah berubah dan gol penyamaan lewat Cristiano Ronaldo menentang Atalanta memberikan mereka mata berharga di Liga Juara-Juara Eropah di pertengahan minggu lalu.

Pengurus dari Norway itu mengaku anak buahnya beraksi dengan buruk sekali, tetapi beliau tidak risau akan dipecat.

“Saya berhubung dengan baik sekali bersama pentadbir kelab dan mereka jujur dengan saya berkenaan dengan situasi kami sekarang.

“Saya bekerja untuk Manchester United dan mahukan yang terbaik untuk kelab ini, selagi saya masih di sini saya akan lakukan apa yang boleh untuk memperbaiki situasi ini,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

Norwich memecat Farke  beberapa jam selepas mereka menundukkan Brentford 2-1 untuk tiga mata pertama mereka musim ini selepas kembali ke liga utama.

“Kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan untuk memberikan kelab ini peluang terbaik untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris,” kata pengarah sukan Stuart Webber dalam kenyataan.

Farke - pengurus keempat dipecat musim ini - tidak memberikan bayang yang khidmatnya tidak diperlukan lagi apabila ditemu bual tentang persembahan anak buahnya selepas tamat permainan. - AFP

Keputusan lain:

Chelsea 1 Burnley 1

Crystal Palace 2 Wolves 0

Brighton 1 Newcastle 1

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad