Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ruang Dan Peluang - Aiman Roshizam Pengulas Terbaharu Astro Arena

Minggu ini Senah Sports berkongsi kisah Aiman Roshizam dan betapa pentingnya untuk semua pihak berusaha membuka ruang bagi anak Malaysia yang berbakat mempamerkan kebolehan mereka.

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 4:40PM

Gambar: Instagram @aiman_sekaiichi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kata orang, ‘you make your own luck’ - kita mencipta nasib kita sendiri. Tetapi untuk mencipta nasib itu, kita perlu peluang. Kita perlu ruang untuk berusaha dan dari ruang itulah terbitnya peluang. Jadi dalam pada masa kita mencipta nasib kita, ada elemen rezeki juga bila ruang dan peluang bertemu.

Begitulah yang dapat penulis simpulkan daripada perbualan santai dengan Aiman Roshizam, pengulas terbaharu di Astro Arena baru-baru ini. Pengulas yang bagus memang membawa rencah yang cukup enak untuk dihidangkan bersama permainan yang menarik - dan itulah yang dibawa oleh Aiman.

Namun untuk sampai ke kaca TV kita semua, perjalanan Aiman sebenarnya bermula pada pada tahun 2014 - dengan peristiwa yang mengecewakan. 

Anak kelahiran Pulau Pinang ini memang begitu cintakan sukan bola sepak. Walaupun cita-cita beliau ialah untuk menjadi seorang jurutera, bola sepak tidak pernah jauh dari hatinya.

“Saya memang ada menyimpan impian untuk bermain bola sepak di Stadium Pulau Pinang - dulu semasa kecil ada lah peluang hari sukan sekolah di Stadium Batu Kawan tapi masa umur 7 tahun dan lumba lari, sangat berbeza,” ceritanya sambil ketawa.

Satu kecederaan sukan yang dialami Aiman membantutkan hampir semua cita-citanya, yang ketika itu sedang bersedia untuk menyambung pelajaran ke Jepun.

“Dalam sekelip mata semua yang diimpikan terus hilang - ketika itu saya juga sedang ‘trial’ bersama Felda untuk futsal B20. Nak sambung belajar pun tak kesampaian.”

Dalam tempoh rehabilitasi, yang memakan masa hampir setahun, Aiman berkecimpung dalam e-sports. Bermula dengan menjadi pro-player dalam FIFA Online 3 secara dalam talian, beliau juga mula mengorak langkah sebagai seorang pengulas.

Ketika mengulas pada tahun 2018, acara tersebut rupanya dihadiri oleh seorang jemputan yang memang mencari pengulas untuk liga amatur Selangor Champions League (SCL).

Pucuk dicita ulam mendatang. “Bila peluang untuk menjadi pemain sudah tertutup, saya tetap ingin mencari peluang untuk terus terlibat dalam bidang bola sepak. Ini menjadi satu peluang yang menarik bagi saya.”

Memang dari kecil ingin menjadi pengulaskah? Aiman tergelak kecil menjawab soalan ini, kerana ketika usianya 10 tahun, beliau memang gemar meniru gaya percakapan pengulas Liga Perdana Inggeris.

Sesuatu yang menarik kerana ketika beliau kecil, Aiman mengalami speech delay dan tidak mula bercakap sehingga berusia 5 tahun. “Dulu orang kata saya lambat bercakap, sekarang, banyak bercakap,” ujar Aiman sambil tergelak.

Setelah berakhirnya kejohanan SCL, Aiman yang memang seorang freelancer, mendapat peluang yang banyak mengubah hidupnya. Satu ciapan di Twitter mencari seorang pengulas untuk satu perlawanan di Kelab Sultan Sulaiman membawa rezeki beliau bekerjasama dengan syarikat Balrz.tv.

Ini membawa kepada peluang yang tidak tersangka - menjadi pengulas Liga Futsal Premier Malaysia dan berpeluang mengulas perlawanan pasukan kebangsaan futsal Malaysia menentang New Caledonia-- satu kenangan yang memang manis untuk Aiman.

Tahun berikutnya - tahun 2020 merupakan tahun yang sepatutnya digunakan untuk terus bangkit, tetapi sepertimana yang kita tahu, pandemik COVID-19 melanda dunia dan industri sukan, seperti industri lain, teruk terkesan.

Namun bagi Aiman dan Balrz.tv wujud hikmah tersembunyi apabila bola sepak dimainkan semula pasca PKP. Oleh kerana Liga Premier tidak disiarkan sepertimana Liga Super, Balrz diberikan peluang untuk menyiarkan perlawanan secara berbayar.

Pada mulanya, untuk pasukan Kelantan kerana pemilik pasukan The Red Warriors ini meminta kebenaran dari MFL untuk membuat penyiaran sendiri.

Melihat apa yang dibuat oleh pasukan Kelantan, ramai pasukan lain turut membuat penyiaran sendiri dan secara tidak langsung, membuka ruang dan peluang untuk pasukan produksi dan pengulas amatur mengetengahkan kebolehan mereka.

Bekas pengulas SCL pada musim 2018/19 berpeluang untuk bekerja dan bergiat dalam bidang ini.

“Saya masa tu memang berkira untuk mengambil lesen motor dan nak jadi rider Food Panda sahaja sampai bila-bila. Memang seronok jadi pengulas amatur tapi bayaran tidak sebanyak mana dan saya dah ada keluarga.

“Saya sudah merajuk sedikit dengan e-sports dan nak buat ulasan bola pun secara sambilan sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, saya dijemput untuk mengulas satu acara e-sport dan saya kira, bolehlah, untuk kali terakhir.”

Rezeki memang tidak salah alamat dan ia datang mengetuk pintu Aiman. Kebetulan pada acara tersebut, ada pengulas jemputan-- Keesh Sundaresan.

“Saya tak fikir apa sangat, tapi selepas acara tersebut ada panggilan dari bos Astro Arena untuk berbual dan kalau ada ruang untuk bekerjasama. Dalam kepala saya semasa itu, oh, mungkin Arena ada satu acara untuk saya jadi pengulas.

“Namun, bila berjumpa, dia kata dia nak tawarkan peluang mengulas secara sepenuh masa. Saya terkejut. Memang tak sangka!’

Dan mulai 1 Oktober, secara rasmi Aiman menjadi pengulas Astro Arena. “SCL memberi saya peluang, juga Action Broadcast, tapi yang paling membantu saya berkembang ialah Balrz.

“Sedih untuk berpisah, tapi inilah langkah yang perlunya. Sejak di Arena saya sedar, memang banyak lagi perlu ditambahbaik. Bukan masa untuk saya selesa.”

Memang tidak disangka – bola sepak yang dicintainya, yang telah diragut dari satu aspek, memberikan rezeki dan kerjaya dalam aspek yang berbeza.

Dan semuanya kerana ada ruang dan peluang - yang mulanya diberikan oleh arena e-sports, kemudiannya melalui Selangor Champions League dan Balrz.tv; akhirnya membawa Aiman sebaris dengan pengulas sukan terkemuka tanah air.

Inilah pentingnya semua pihak berusaha membuka ruang bagi anak Malaysia yang berbakat mempamerkan kebolehan mereka.

Hanya 10 tahun dahulu, peluang untuk mengulas e-sports dan kewujudan kejohanan bola sepak amatur tidak ada untuk membolehkan bakat dicungkil - namun dalam beberapa tahun sahaja setelah platform ini wujud, kita dapat lihat bagaimana generasi pelapis dapat bergerak sebaris dengan veteran.

Untuk mengkahiri perbualan, penulis bertanya kepada Aiman tentang impiannya - perlawanan apakah yang beliau sangat ingin ulas.

Penulis menyangka tentunya jawapan datang dalam bentuk perlawanan akhir Piala Dunia. Tetapi tidak.

Rupanya, anak jati Pulau Pinang ini ada impian yang lebih bermakna - “Saya teringin nak ada Piala Malaysia yang ada Pulau Pinang bermain - dan saya yang ulas.” – Getaran, 31 Oktober 2021

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 10 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad