web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Axelsen Singkir Zii Jia Di Suku Akhir Terbuka Denmark

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 9:29AM

Zii Jia tumpas kepada lawannya dalam straight sets. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia tersingkir di pusingan suku akhir Terbuka Denmark selepas tumbang kepada jaguh tuan rumah Viktor Axelsen dalam pertarungan sengit di Odense Sports Park, lewat malam tadi.

Axelsen, pemain No 2 dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menang 21-19, 21-19 dalam tempoh 39 minit untuk menempah slot separuh akhir bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, menurut laman sesawang bwf.tournamentsoftware.com.

Kejayaan di laman sendiri itu menyaksikan Axelsen akhirnya melunaskan dendam kekalahannya kepada Zii Jia di pentas akhir kejohanan All England 2021, Mac lepas.

Dengan tersingkirnya Zii Jia, tumpuan kini terarah kepada gandingan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menjadi wakil tunggal negara beraksi di pusingan separuh akhir kejohanan.

Sze-Fei-Nur Izzuddin yang mengejutkan pasangan juara Piala Thomas 2020 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia di suku akhir akan membuat perhitungan menentang pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen malam ini.

Ia bakal menjadi pertemuan keempat kedua-dua pasangan dengan rekod tiga kemenangan sebelum ini menjadi milik gandingan Denmark itu.

“Ini pertemuan keempat, sebelum ini kali terakhir kita jumpa dekat Swiss (Terbuka Switzerland) kami kalah. (Kali ni) kita tak nak komen banyak lah, kami akan buat yang terbaik dan buktikan yang kami mampu, Insya-Allah,” kata Nur Izzuddin dalam video kepada wartawan tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar