web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liverpool, PSG Bangkit Dari Ketinggalan Untuk Menang

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:20AM

Salah menjaringkan gol dari sepakan penalti menentang Atletico Madrid awal pagi tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Liverpool berjaya menahan kebangkitan Atletico Madrid untuk menang 3-2, dan Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk membantu PSG menumpaskan Leipzig juga dengan skor yang sama dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Kebanyakan aksi tertumpu di Stadium Wanda Metropolitano di ibu negara Sepanyol di mana Moahmed Salah sekali lagi menjaringkan gol yang memukau, menggelecek beberapa pemain Atletico sebelum rembatannya terkena James Milner dan masuk ke gawang lawan untuk gol pembukaan Liverpool.

Naby Keita menambah jaringan buat The Reds dengan rembatan voley yang cantik, tetapi Atletico menyamakan kedudukan dengan dua gol jaringan Antoine Greizmann yang membangkitkan semangat penyokong pasukan tuan rumah.

Malangnya Greizmann dilayangkan kad merah kerana bentesan keras yang dilakukan terhadap Roberto Firmino.

Perlawanan yang mengujakan ini dimenangi dengan sepakan penalti pada minit ke-78 dengan Salah menjaringkan gol keduanya untuk Liverpool.

Ia merupakan jaringan ke 31 pemain dari Mesir itu dalam kejohanan ini dan menjadikannya penjaring terbanyak Liverpool melangkaui legenda The Reds Steven Gerrard.

Di Parc des Princes, Messi menjaringkan dua gol untuk membantu PSG bangkit mengalahkan Leipzig 3-2.

Kylian Mbappe telah membuka jaringan buat kelab dari Paris itu tetapi Leipzig berkeras tidak mahu mengalah.

Kelab Bundesliga itu kemudian mendahului perlawanan selepas Andre Silva dan Nordi Mukiele menjaringkan dua gol.

Tetapi Messi menyudahkan umpanan Mbappe untuk menyamakan kedudukan dan penyerang Argentina itu melengkapkan kebangkitan PSG dengan menyempurnakan sepakan penalti. - AFP

Keputusan lain:

Porto 1 Milan 0

Ajax 4 Dortmund 0

Inter Milan 3 Sheriff 1

Shaktar 0 Real Madrid 5

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar