Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Thomas: China Jumpa Indonesia Di Final

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 7:59AM

Jonatan Christie bertarung selama 100 minit untuk menyumbang mata kepada Indonesia. - Gambar dari laman sesawang BWF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Dua pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas - China dan Indonesia - akan berentap sekali lagi untuk menjulang piala berprestij itu pada edisi 2020 di Arena Ceres di sini esok.

Kedua-dua pasukan itu bangkit selepas ketinggalan satu mata sebelum masing-masing melakarkan kemenangan 3-1 pada saingan separuh akhir malam ini.

Juara bertahan China menempah slot final buat kali ke-13 dengan menumpaskan Jepun manakala Indonesia layak ke perlawanan akhir buat kali ke-20 selepas menyingkirkan tuan rumah Denmark.

Ini akan menjadi pertarungan gelaran kali keenam antara dua gergasi badminton dunia selepas China muncul juara pada 1982, 1986 dan 2010 manakala Indonesia menang pada edisi 1984 dan 2000.

Indonesia, pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas dengan 13 gelaran, tetap tenang walaupun kalah acara perseorangan pertama apabila pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen menyumbang mata pertama kepada Denmark dengan mengalahkan Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-15.

Beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menyamakan kedudukan selepas berhempas pulas mengatasi Astrup-Anders Skaarup Rasmusswen 21-13, 10-21, 21-15.

Pemain ranking ketujuh dunia Jonatan Christie, 24, kemudian meletakan Indonesia di kedudukan 2-1 selepas bertarung selama 100 minit sebelum menyingkirkan Anders Antonsen 25-23, 15-21, 21-16.

“Pertama, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana membantu saya...100 minit wow!. Saya tidak dapat menjelaskan lagi tetapi saya hanya memberi tumpuan mengumpul mata demi mata. Menampilkan aksi sebaik mungkin dan apabila berjaya membaca rentak lawan, saya menjadi lebih bermotivasi.

“Dia bermain dengan pantas dan bijak melakukan serangan. Saya terpaksa memperlahankan rentak permainan dan bertukar kepada corak pukulan jauh,” kata Jonatan.

Perjuangan Indonesia kemudian digalas beregu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk mengesahkan kedudukan dalam usaha menamatkan kemarau gelaran selama 19 tahun selepas 2002, apabila pasangan itu mengetepikan cabaran Mathias Christiansen-Frederik Sogaard dengan 21-14, 21-14.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Jepun mengorak langkah kanan apabila pemain utama China Shi Yu Qi, yang ketinggalan 20-22 dan 5-20 kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota, terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan.

China, selaku juara 10 kali, bagaimanapun, menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gandingan He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang menewaskan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yuta Watanabe 21-17, 7-21, 21-16.

Pemain berusia 21 tahun, Li Shi Feng, yang juga pemain nombor 65 dunia, kemudian memperagakan aksi menarik untuk mengejutkan pemain nombor 13 dunia, Kanta Tsuneyawa 21-17, 21-15.

Beregu Liu Cheng-Wang Yi Lyu mengesahkan kemenangan 3-1 dengan mengalahkan gandingan Akira Koga-Taichi Saito  21-11, 22-20. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 9 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki