Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rasisme Tiada Tempat Di Atas Atau Di Luar Padang

Rasisme adalah sebuah perkara yang serius. Minggu ini Senah Sports mengupas topik ini untuk sukan bola sepak dalam dan luar negara.

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 9:16AM

Gambar: Justin Setterfield / POOL / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan. Anda di tempat kerja dan ada satu laporan yang perlu anda bentangkan kepada pengurus besar anda awal minggu hadapan untuk mendapatkan imbuhan kewangan untuk jabatan anda. Memang menjadi sebahagian daripada tugas anda untuk membuat pembentangan ini sekali sebulan dan anda memang sudah biasa berbuat demikian. Namun begitu, sebagai seorang profesional yang komited, anda membuat persiapan rapi dan teliti.

Pada hari pembentangan, bagaimanapun, semua tak kena. Pembantu anda terlupa beberapa perkara penting, anda tidak dapat bercakap dengan lancar dan akhirnya apa yang hendak disampaikan tidak begitu berkesan. Anda kecewa dan jabatan anda hanya dapat separuh daripada peruntukkan kewangan yang dipohon, tetapi bos anda menepuk bahu anda dan berkata, tidak mengapa, mungkin ada yang tidak kena kali ini tapi boleh cuba lagi.

Anda pulang ke pejabat, di mana orang di sana sudah terdengar khabar kegagalan anda dan di atas meja anda ada beberapa kepingan kertas dan nota yang diisi dengan kata-kata kesat. ‘Bodoh’. ‘Barua’. ‘Buat rugi bayar gaji’. Ada pula cebisan nota yang mengaitkan kegagalan anda tadi dengan bangsa dan warna kulit anda. Apakah perasaan anda?

Sejak akhir-akhir ini, beginilah lumrah yang dihadapi oleh beberapa pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris khususnya dan di Eropah amnya. Ya, memang menjadi asam garam kehidupan seorang ahli sukan profesional yang dibayar gaji lumayan saban tahun untuk menerima kritikan apabila persembahan mereka tidak memberangsangkan. Tetapi ada jurang yang begitu luas antara apa yang dianggap kritikan membina dan apa yang dikira sebagai makian dan kata-kata kesat.

Memang masalah perkauman di dalam bola sepak bukan perkara baru dan tidak juga khusus hanya di Eropah. Namun ‘variasi’ terkini ialah satu trend di mana ia tertumpu kepada pemain tidak berkulit putih dan dilakukan secara atas talian melalui laman seperti Instagram dan Facebook.

Sejak sekian lama, Persatuan Bola Sepak Inggeris (English FA) serta persatuan bola sepak lain memang tegas mengambil tindakan sekiranya penyokong atau penonton menghamburkan kata-kata kesat - sama ada berbaur perkauman atau tidak - di stadium atau padang. Oleh kerana perlawanan bolasepak diadakan secara tertutup dan tanpa penonton sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, makian beralih pula ke alam maya di mana persatuan bola sepak dan kelab-kelab tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengambil tindakan. Maka beralihlah tanggungjawab kepada laman-laman web tersebut untuk bertindak: bagaimanapun, mangsa cacian perkauman kurang berpuas hati dengan usaha setakat ini.

Gambar: Tim Keeton / POOL / AFP
Gambar: Tim Keeton / POOL / AFP

Antara mangsa yang berprofil tinggi yang di Liga Perdana Inggeris termasuk Axel Tuanzebe dan Anthony Martial, serta Marcus Rashford di Manchester United, Romaine Sawyers di West Bromwich Albion dan Alex Jankewitz di Southampton. Pemain wanita tidak dikecualikan - Lauren James, pemain pasukan Manchester United Womens juga melaporkan dia diganggu. Dan begitu juga pemain di Liga Championship, iaitu Yan Dhanda di Swansea dan di Liga Satu EFL, Mark Little di Bristol Rovers. Lebih menyedihkan ialah Dhanda merupakan segelintir kecil pemain berlatarbelakangkan Asia Selatan yang berjaya bermain bolasepak profesional - seorang hero di mata anak-anak muda Asia Selatan yang ingin menempa nama dalam bidang ini. (Nota: Pengadil Mike Dean, yang berkulit putih, juga ada menerima ancaman dan kecaman, tetapi isu ini agak berbeza dan akan dikupas secara berasingan).

Masalah cacian berbentuk perkauman ini, malangnya, juga wujud di Malaysia. Mantan jurulatih Selangor, B. Sathianathan, pernah viral dengan video yang melahirkan kekecewaan beliau dalam hal ini. MFL juga sudah bersuara tentang isu ini tahun lepas, di mana juga disebutkan bahawa FAM ada meneliti isu ini.  Sebelum itu, ada juga ciapan di Twitter oleh T. Avineshwaran tentang perlakuan seorang budak kecil di dalam stadium - sudah pasti mengikut ‘contoh’ dari orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak boleh kita perlekehkan isu perkauman di padang bola - dan sebenarnya, di mana-mana arena - kita dengan mengatakan ianya ‘lumrah’ atau ‘biasa’. Tindakan menormalisasikan kata-kata sebegini akan memburukkan lagi keadaan dan kita tidak mahu sudah terhantuk baru terngadah dalam soal ini.

Pada tahun 2019 ada laporan yang menyatakan bahawa satu kempen ‘Red Card Racism’ telah dilancarkan oleh MFL - berserta satu video yang memaparkan bintang-bintang MFL - tetapi kurang pasti sama ada ia masih beroperasi: tinjauan ringkas di laman web MFL tidak memaparkan pautan kepada program tersebut. (Dalam Manual MFL 2021, bagaimanapun, ada disebut larangan ke atas kesalahan perkauman dan iklan bersifat perkauman).

Sekiranya belum lagi berbuat demikian, mungkin MFL dan FAM juga patut memulakan dialog dengan laman-laman seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil sekiranya laman-laman ini menjadi tempat di mana kata-kata kesat berbaur perkauman dihamburkan kepada para pemain. Tidak mustahil dalam suasana di mana para peminat tidak dapat turun ke padang dan melepaskan geram di sana, maka cacian akan beralih ke atas talian di mana tindakan sukar diambil tanpa kerjasama pemilik laman-laman tersebut.

Liga Malaysia memang menjadi hos kepada pemain berbagai bangsa dan negara, dan kita semua sebagai peminat perlu cakna tentang isu ini. Memang agak susah, kerana menyaksikan perlawanan bolasepak pasti menimbulkan perasaan dan emosi yang pelbagai, namun tetap menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi rasional. Mungkin sebagai langkah pertama, kita pantau diri kita dan kawan-kawan kita dari mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman. Rasisme tiada tempat bukan sahaja di tepi padang bola sepak atau di arena sukan kita, tetapi dalam kehidupan kita secara amnya. - Getaran, 27 Februari 2021

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 44 minit yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart