web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Liga-M Akan Bungkus Kerana Tiada Penaja?

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 2:53PM

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persoalan bagaimana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menganjurkan Liga-M tanpa penaja musim ini adalah sangat menarik.

Wabak COVID-19 yang melanda telah menyebabkan penaja-penaja seperti CIMB, Air Asia dan Shopee mengambil keputusan untuk menarik diri kerana faktor kekangan kewangan.

Dalam perkembangan baharu satu lagi penaja, 100Plus, juga mungkin menarik diri. Walaupun penajaan mereka bukan dalam bentuk wang tunai, namun mereka masih mahu menamatkan tajaan bersama Liga-M.

Sumber memaklumkan The Vibes, ketidaktentuan dalam industri sukan sekarang menyebabkan penaja menjauhkan diri dari Liga-M.

“Situasi yang dialami oleh MFL sekarang sangat menyedihkan. Keengganan kerajaan membenarkan aktiviti sukan dijalankan bagi membendung penyebaran wabak COVID-19 telah menyebabkan masalah untuk sukan bola sepak di Malaysia. Ia adalah sebab utama kenapa penaja tidak mahu bekerjasama dengan MFL.

“Sudah tentu penaja sangat berhati-hati kerana tidak tahu apa yang akan diputuskan oleh kerajaan seterusnya,” tambah sumber itu.

Walaupun MFL menyatakan yang ia telah mendekati penaja-penaja yang berminat seperti Farm Fresh, Lazada dan AXA Affin Insurance, tetapi sehingga kini mereka belum memberi maklum balas.

“MFL sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan penaja bagi musim baharu, yang akan bermula minggu depan, bagaimanapun sehingga kini masih tiada perkembangan baharu,” kata sumber itu.  

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustaffa, berkata walaupun MFL sedang berada dalam keadaan yang sukar namun cara industri sukan bola sepak berfikir adalah berbeza dengan penaja-penaja yang tidak ingin mengambil risiko.

“Tiada jaminan yang Liga-M tidak akan ditangguhkan atau dibatalkan musim ini, kerajaan mungkin menghentikan segala aktiviti sukan jika jumlah kes COVID-19 naik secara mendadak. Untuk mendapatkan penajaan, MFL harus memberi jaminan bahawa Liga-M tidak akan menghadapi gangguan.

"Jika kita lihat bagaimana bola sepak mula kembali di negara lain, saya yakin MFL dan kerajaan boleh melakukan sesuatu demi kepentingan industri sukan.

"Menteri harus memberikan kerjasama kerana sukan bola sepak adalah satu industri di mana ramai yang bergantung kepada kelangsungan sukan ini sebagai mata pencarian mereka.

"Persatuan Bola Sepak di seluruh dunia mempunyai cara tersendiri untuk berdepan dengan wabak ini. Itu sebabnya walaupun pemain dijangkiti COVID-19, perlawanan tidak dihentikan. Oleh itu kita harus memikirkan bagaimana untuk berdepan dengan situasi ini tanpa menangguhkan atau membatalkan liga apabila ada kenaikan kes yang mendadak,” tambah sumber.

Sadek juga berkata yang MFL harus proaktif dan membeli vaksin untuk pemain, pegawai serta mereka yang terlibat dengan sukan bola sepak di Malaysia daripada menunggu kerajaan untuk menyediakan penawar itu. Beliau juga menambah MFL boleh bekerjasama dengan kelab untuk melaksanakan perkara ini.

"Saya juga mencadangkan kepada MFL untuk mengubah format pertandingan dan membuat ‘zoning bubble’ di mana pasukan daripada beberapa zon (utara, selatan, timur dan barat) untuk bertanding dalam ‘bubble’ mereka, sebelum ke ‘bubble’ seterusnya.

“Contohnya; Johor Darul Ta’zim, Melaka United dan Negeri Sembilan FC di Zon Selatan akan berlawan sama sendiri. Dengan cara ini, kita boleh mengawal keadaan dan merendahkan risiko jangkitan,” katanya setelah dipanggil oleh MFL untuk memberi inputnya.

“Mereka boleh menggunakan kaedah yang sama untuk Piala FA dan Piala Malaysia,” tambah Sadek, seorang pensyarah Sains Sukan di UiTM. - Getaran, 26 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jumlah Doktor Masih Rendah, JPA Kenapa Hentikan Tajaan?

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Floor 88 Akui Menggigil Terima Tawaran Menunaikan Umrah 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad