web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Doktor Masih Rendah, JPA Kenapa Hentikan Tajaan?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 7:00AM

Walaupun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan perubatan namun menghentikan biasiswa untuk pengajian perubatan bukan caranya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa menjelaskan tindakan kerajaan menghentikan penajaan pelajar perubatan di universiti tempatan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, walaupun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan perubatan namun menghentikan biasiswa untuk pengajian perubatan bukan caranya.

"Kami berharap JPA dapat berkongsi unjuran pegawai perubatan, pakar, kakitangan penjagaan kesihatan bersekutu dan kakitangan penjagaan kesihatan lain yang akan diperlukan untuk lima dan 10 tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Muruga Raj Rajathurai - Gambar fail
Dr Muruga Raj Rajathurai - Gambar fail

Media sebelum ini melaporkan, JPA tahun ini tidak menawarkan tajaan bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi.

Tajaan itu hanya untuk penuntut ijazah pertama di universiti awam, politeknik premier dan universiti berkaitan kerajaan yang telah dipilih oleh jabatan untuk pinjaman.

Jelas Dr Muruga, negara sehingga kini, masih belum mencapai nisbah 1:400 doktor kepada pesakit yang disyorkan untuk kemudahan penjagaan kesihatan awam. 

Di sesetengah hospital, tambahnya, nisbah boleh meningkat setinggi 1 doktor kepada 1,000 pesakit dan terdapat juga kekurangan dalam bilangan pakar penjagaan kesihatan awam. 

"Perlu ada perancangan yang mencukupi dari aspek sumber manusia penjagaan kesihatan dengan mengambil kira keperluan dan pertumbuhan penduduk. 

"Masa yang mencukupi juga diperlukan untuk melatih pekerja penjagaan kesihatan," ujarnya.

Menurut beliau, kebimbangan pihaknya adalah kemungkinan tiada pakar mencukupi pada masa hadapan kerana permintaan semakin meningkat dan dijangka terus bertambah, disebabkan populasi penduduk yang semakin tua. 

Jelasnya, Malaysia akan mencapai status negara menua pada tahun 2030, dengan 15 peratus daripada penduduknya akan berumur 60 tahun atau lebih. 

"Bagaimanakah kita bersedia untuk perubahan demografi dalam populasi kita? 

"Pelajar universiti tempatan yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang Perubatan masih memerlukan sokongan dan kita harus terus menyokong mereka kerana tidak semua pelajar berasal dari keluarga yang berkemampuan," katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Beri Tumpuan Pada Peningkatan Produktiviti, Kecekapan Perkhidmatan Awam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad