web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kajian SSPA Beri Tumpuan Pada Peningkatan Produktiviti, Kecekapan Perkhidmatan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 3:06PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara keseluruhan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam menerusi penggunaan teknologi dan kemahiran modal insan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Beliau berkata, prestasi penjawat awam akan dilihat dari aspek produktiviti yang mewajarkan gaji yang setimpal kepada penjawat awam, kesejahteraan mereka dalam menangani kos sara hidup dan kemampanan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan perkhidmatan awam.

Kerajaan secara dasarnya melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) pada 7 Ogos lepas (2023) telah bersetuju untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan kajian SPPA. 

la sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan mengambil kira tiada semakan semakan sistem saraan secara menyeluruh sejak 2002.

Zulkapli dalam kenyataan hari ini berkata, kajian SSPA sudah digerakkan sejak 29 Julai lalu melalui beberapa siri libat urus JPA dengan kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan yang merangkumi enam kelompok iaitu Keselamatan, Kesihatan, Pendidikan, Teknikal, Sains dan Teknologi serta Pengurusan.

"Kita komited untuk memastikan kajian ini dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan dapatan data yang terangkum dan inklusif mewakili segenap lapisan suara akar umbi penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, libat urus berskala besar mahupun kecil pada semua peringkat akan terus dipergiatkan melalui townhall, konvensyen, kumpulan fokus serta perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal.

Menurutnya, jumlah cadangan yang diterima sehingga 31 Oktober adalah sebanyak 98,757 yang membabitkan 40,833 responden.

Cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal Kajian SSPA di https://semakansaraan.jpa.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu mengumumkan supaya pelaksanaan penuh SSPA dibuat bermula 2025.

Zulkapli berkata, mengambil kira keperluan semasa, laporan akhir kajian SSPA dijangka dibentangkan pada Julai 2024 dan seterusnya diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

"Perubahan untuk menerima budaya kerja pantas dan berkesan melalui pendekatan menyeluruh tiga pihak iaitu rakyat, kerajaan dan industri perlu digerakkan oleh seluruh jentera perkhidmatan awam untuk sama-sama kita tingkatkan prestasi dan produktiviti," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad