Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Floor 88 Akui Menggigil Terima Tawaran Menunaikan Umrah 

Kumpulan muzik popular, Floor 88 gembira dan bersyukur impian untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap umat Islam pasti punya impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah mahupun haji. Tidak terkecuali anggota kumpulan Floor 88 yang bakal mengerjakan ibadah umrah buat pertama kalinya pada Mei nanti. 

Kumpulan yang popular dengan lagu 'Zalikha' ini ditaja sepenuhnya syarikat Grand Barakah Hotel (GBH) yang turut menaja penganjuran konsert sulung mereka pada Mac nanti. 

Menurut vokalis kumpulan ini iaitu Ayie Ilham, memang menjadi impian mereka sekumpulan untuk menunaikan ibadah umrah.

“Pertama kali kami dengar tentang tawaran ini, terus menggigil kerana seakan bermimpi. Sebenarnya dah lama kami rancang untuk mengerjakan ibadah umrah.

"Namun, belum ada rezeki untuk ke sana kerana kekangan masa dan kewangan. Jadi, bila dapat tawaran daripada GBH, memang kami terus sambar dan tolak tawaran persembahan bagi merealisasikan impian ke tanah suci,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Floor 88 bersama penganjur konsert mereka nanti.
Floor 88 bersama penganjur konsert mereka nanti.

Tambah Ayie lagi, jika dibenarkan mereka akan turut membawa ahli keluarga bersama untuk menunaikan ibadah umrah nanti.

“Kalau dibenarkan memang kami akan bawa keluarga bersama, tetapi jika tidak, kami akan pergi dulu. Ada rezeki lagi nanti, kami akan bawa keluarga pula," katanya. 

Kumpulan Floor 88 yang dianggotai Ayie, Eric, Achoi, Falique, Akram dan Amir ini bakal tampil dengan konsert sulung mereka yang diberi nama Eighty8 Infinity Concert pada 27 Mac nanti di Grand Barakah Hotel. 

Semoga segala urusan untuk konsert dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. - Getaran, 25 Februari 2022. 

Gambar: Instagram & Helmi Anuar menggunakan Samsung Galaxy A52 5G

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 17 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran