web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Emil Dan Farres Ke Valencia Cerah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 4:39PM

Peluang Emil Idzhar (25) dan Farres Putra (23) amat cerah untuk mewakili Malaysia pada perlumbaan Siri FIM MiniGP 2021 di Valencia, Sepanyol, bulan depan. - Gambar ihsan SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba muda Emil Idzhar Ezuan berada di landasan tepat untuk mengisi slot mewakili Malaysia beraksi pada perlumbaan Siri Dunia Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) MiniGP 2021 di Valencia, Sepanyol, bulan depan.

Ia susulan kejayaan pelumba berusia 14 tahun itu muncul sebagai pendahulu bagi dua pusingan pertama Siri Malaysia FIM MiniGP 2021 berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam di Litar Kart Antarabangsa Sepang.

Emil Idzhar kini mengumpul 75 mata daripada keseluruhan empat perlumbaan pada kedua-dua pusingan pertama itu dengan baki dua lagi pusingan akan berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ini.

Bagaimanapun, kedudukan pelumba berasal dari Selangor itu belum cukup selesa apabila hanya dipisahkan lima mata di depan pencabar terdekat Farres Putra Mohammad Fadhill, 13, yang gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan terakhir selepas terbabit dalam kemalangan.

Kemalangan pada penghujung perlumbaan itu turut melibatkan seorang lagi pelumba Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli, 13, sekali gus terlepas mengutip sebarang mata, namun masih berada dalam kelompok tiga pelumba terbaik dengan 56 mata.

Pada perlumbaan terakhir tersebut, Emil Idzhar cemerlang memanfaatkan insiden kemalangan untuk menjadi yang pertama melepasi garisan penamat dengan catatan masa 19 minit 28.673 saat manakala Muhamad Akif Abdullah di tempat kedua dan Muhammad Sharf Muhriz Noor Mohd Farhan ketiga.

Semangat juang tinggi ditonjolkan barisan pelumba muda sepanjang perlumbaan itu berlangsung mendapat pujian Setiausaha Agung Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Muizz Azli yang berharap ia dapat dikekalkan dalam dua pusingan akan datang.

“MAM memuji ketahanan fizikal dan mental para pelumba muda bertanding, sentiasa positif walaupun diselangi beberapa insiden. Kami berharap semua dapat mengekalkan momentum, dedikasi dan komitmen mereka pada perlumbaan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif mengucapkan syabas kepada ZK Racing selaku penganjur dan MAM yang berjaya mengendalikan kejohanan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya lihat pematuhan SOP adalah sangat memuaskan, semua orang pakai pelitup muka, semua ada penjarakan fizikal dan semua jaga SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan ZK Racing Mohd Zulfahmi Khairuddin yang juga bekas pelumba Moto3 negara berkata insiden dalam perlumbaan memberi elemen positif kepada barisan pelumba muda yang masih dalam proses menimba pengalaman.

Siri MiniGP Malaysia 2021 disertai 13 pelumba berusia 10 hingga 14 tahun yang bersaing dalam kategori 160cc mengikut garis panduan dan format ditetapkan FIM dan tiga pelumba terbaik dipilih membawa cabaran Malaysia di Sepanyol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Deru Adrenalin Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar