MILAN - Kylian Mbappe melengkapkan kebangkitan Perancis dalam final Liga Negara-Negara UEFA selepas ketinggalan satu gol dengan meledak jaringan kemenangan untuk menewaskan Sepanyol 2-1.
Mikel Oyarzabal meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-64, tetapi dua minit kemudian Karim Benzema menyamakan kedudukkan.
Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Mbappe meledak gol yang memberi kejuaraan kepada Perancis.
Kemenangan ini akan meredakan sedikit pedih disingkirkan dari EURO 2020 di tangan Switzerland dan menunjukkan bertapa kuatnya barisan serangan Perancis.
“Saya betul-betul mahu menjulang kejuaraan dengan Perancis, dan kini ia tercapai.
“Kami menunjukkan perwatakan yang kuat kerana pasukan ini mempunyai sifat tidak mudah kalah dan kami telah buktikannya hari ini.
“Satu pasukan yang hebat tidak akan mudah panik, ia akan bersabar menunggu peluang yang terbaik,” kata Benzema yang kembali ke skuad Perancis pada EURO lalu. - AFP
Keputusan lain:
Itali 2 Belgium 1

