web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Sudirman: Ahmad Faizal Kecam Kenyataan Berbaur Perkauman Terhadap Pemain

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 1:04PM

Faizal memuji skuad Piala Sudirman negara yang mempamerkan semangat yang begitu menakjubkan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengecam kenyataan berbaur perkauman dilemparkan seorang pengguna media sosial terhadap seorang pemain perseorangan negara yang beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Beliau berkata tindakan berkenaan tidak boleh diterima lebih-lebih lagi pemain itu berjuang sehabis baik bagi mengharumkan nama negara.

“Keluarga Malaysia ini umpama setandan pisang, ada yang elok, ada yang buruk dan ada juga yang tak tahu guna bahasa yang baik dalam berkata-kata tentang sesuatu perkara.

“Kita ini terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Jangan hina bangsa, kulit dan agama lebih-lebih lagi mereka yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menziarahi satu keluarga yang memerlukan rumah di Kampung Manjoi, di sini hari ini.

Terdahulu, kenyataan berbaur perkauman itu tular ketika pemain berkenaan sedang beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan itu malam tadi.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Mengulas prestasi atlet badminton negara dalam kejohanan Piala Sudirman 2021, Ahmad Faizal berkata beliau kagum dengan semangat yang dipamerkan para pemain hingga layak ke peringkat separuh akhir.

“Mereka janji dengan kita untuk ke peringkat suku akhir tetapi berjaya ke separuh akhir hingga semua (rakyat) tidak tidur malam melihat mereka bermain.

“Apakan daya kita tersingkir (separuh akhir) namun bagi saya mereka telah mempamerkan semangat yang begitu menakjubkan,” katanya.

Ahmad Faizal berkata beliau berharap pemain badminton negara akan layak ke peringkat akhir Piala Thomas yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Oktober ini di Aarhus, Denmark bersandarkan persembahan di Piala Sudirman.

“Namun apa yang kita harapkan daripada pemain ialah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan segala keputusannya (Piala Thomas) kita akan terima,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

4

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar