web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Juara Dunia Remaja Jin Wei Umum Persaraan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 2:31PM

Jin Wei membuat pengumuman mengejutkan itu dalam satu video di laman YouTubenya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei hari ini mengejutkan dunia badminton, apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 21 tahun.

Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTubenya, hanya dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.

Jin Wei menyatakan antara sebab keputusannya itu kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas  menjalani pembedahan akibat sakit dalam perut pada 2019.

“Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,” katanya.

Pada Sabtu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan ‘tidak bersedia dari segi fizikal’ untuk kejohanan berpasukan campuran itu, tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.

Piala Sudirman dijadualkan berlangsung di Vantaa, Finland dari 26 Sept hingga 3 Okt, manakala akhir Piala Thomas dan Piala Uber di Aarhus Denmark dari 9 hingga 17 Okt.

Menjuarai Piala Dunia Remaja dua kali pada edisi Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.

Dilihat sebagai juara perseorangan wanita yang akan datang, Jin Wei berada dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia, dengan menduduki tempat ke-24 pada Ogos 2018, namun kini menduduki tempat ke-103 dunia selepas berehat panjang selepas pembedahan.

Beliau seperti kembali kepada prestasinya apabila layak ke perlawanan akhir di Antarabangsa Sepanyol pada Jun sebelum tewas kepada rakan senegara S Kisona, namun pengumumannya hari ini memusnahkan harapan peminatnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar