web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: KDA FC Terikat 3-3 Dengan UiTM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:55AM

Pemain Kedah dan UiTM berebut bola dalam perlawanan Liga Super yang dimainkan dalam keadaan hujan lebat malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berpuas hati dengan satu mata di laman sendiri selepas mencatat keputusan seri 3-3 dengan UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan kemas kapten pasukan Baddrol Bakhtiar yang menerima hantaran lintang Azammuddin Mohd Akil.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak lama apabila UiTM menyamakan jaringan dua minit kemudian menerusi Dennis Buschening yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Sean Gan dijatuhkan oleh Renan Alves dalam kotak penalti.

Skuad Hijau Kuning menggandakan serangan namun beberapa percubaan ke gawang lawan berjaya diselamatkan pemain pertahanan UiTM FC hingga tamat babak pertama perlawanan.

Kelekaan barisan pertahanan tuan rumah dihukum seminit selepas separuh masa kedua bermula apabila Kwon Yong-hyun berjaya menyambar bola yang tidak dikawal kemas Alves sebelum menolak mudah menewaskan penjaga gol KDA FC sekali gus meletakkan The Lion Troops di hadapan.

Ariff Ar-Rasyid Ariffin menambah tekanan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak apabila meledak gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-63.

Kedah yang tidak patah semangat, terus melancarkan serangan demi serangan hingga berjaya merapatkan jurang pada minit ke-73 hasil tandukan pemain gantian Muhamad Fikhri Zulkiflee.

Pemain import Tchetche Kipre menjadi penyelamat maruah skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol pada minit ke-80, sekali gus mengutip satu mata selepas terikat 3-3 hingga tamat perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad