web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liek Hou Mudah Melangkah Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 5:06PM

Aksi Liek Hou pada peringkat kumpulan di kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Juara dunia enam kali Cheah Liek Hou tidak menghadapi masalah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir acara badminton selepas mencatatkan kemenangan kedua peringkat kumpulan B pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal), Liek Hou menampilkan persembahan cemerlang untuk menewaskan wakil Taiwan, Jen Yu Fang, 21-13, 21-19 di Stadium Nasional Yoyogi di sini.

Pemain nombor dua dunia itu gembira bahawa Yu Fang memberi saingan sengit selepas hanya mengambil masa 15 minit untuk merangkul kemenangan mudah 21-3, 21-2 terhadap pemain Mesir, Eldakrory Ahmed Magdy Amin pada perlawanan pembukaan semalam.

“Saya akhirnya menemukan rentak permainan ... terima kasih atas cabaran oleh Yu Fang.

“Saya ketinggalan 2-5 pada set kedua dan ketika itu dapat kembali rentak saya untuk mencapai kemenangan.

“Harap dapat mengekalkan momentum ini untuk kemenangan ketiga esok dan mengungguli kedudukan kumpulan,” katanya kepada pemberita.

Pemain pilihan kedua ini akan melengkapkan perlawanan kumpulan dengan menentang pemain Jepun, Taiyo Imai, esok.

Sementara itu, Didin Taresoh harus melupakan kenangan pahit pada penampilan sulung dalam temasya berprestij itu apabila gagal mara ke separuh akhir selepas mengalami kekecewaan berganda dalam perlawanan Kumpulan B perseorangan lelaki katgeori SH6 (kecacatan fizikal).

Bukan sahaja kalah pada perlawanaan pembukaan di tangan pemain India, Krishina Nagar, 22-20, 21-10 pada sebelah pagi tetapi terpaksa berundur akibat kecederaan pada set kedua ketika menentang wakil Brazil, Vitor Goncalves Tavares pada sebelah petang.

Vitor Goncalves menang 21-13, 18-13. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad