web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ronaldo Pecah Rekod, Perancis Diikat Dalam Kelayakan Piala Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 8:42AM

Ronaldo (kanan) menjaringkan dua gol untuk membantu Portugal mengalahkan Ireland. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam arena bola sepak antarabangsa dengan menjaringkan dua gol lewat dalam membantu Portugal mengalahkan Ireland 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi tadi.

Manakala juara bertahan Perancis pula seri 1-1 dengan Bosnia.

Sehari selepas melengkapkan kepulangannya ke Manchester United, sepakan penalti awal Ronaldo diselamatkan oleh penjaga gol remaja Gavin Bazunu di Faro sebelum Ireland menjaringkan gol pendahuluan sebelum tamat babak pertama.

Tandukkan John Egan meletakkan pasukan kendalian Stephen Kenny menghala kepada kemenangan yang besar, tetapi Ronaldo mematahkan impian Ireland dengan gol penyamaan pada minit ke-89 - gol ke-110 itu memecahkan rekod yang dikongsinya bersama legenda Iran Ali Daei.

Penyerang berusia 36 tahun itu kemudian memastikan tiga mata untuk Portugal pada minit keenam masa tambahan, menanduk masuk umpanan Joao Mario.

“Rekod ini adalah milik saya dan ia sesuatu yang unik. Saya sangat gembira dan ia adalah lagi satu pencapaian dalam karier saya,” Ronaldo memberi tahu stesen televisyen awam RTP.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu juga menyamai rekod Eropah Sergio Ramos dengan 180 penampilan untuk negaranya.

“Motivasi saya datang dari keinginan untuk terus bermain bola sepak, ia juga hadir dari kontrak terakhir yang saya tandatangani bersama Manchester United, di mana saya gembira telah kembali ke ‘rumah’ saya.

“Menjaringkan gol, memberi persembahan yang baik dan menang kejuaraan, adalah kegemaran saya,” tambah Ronaldo.

Portugal kini berada di puncak Kumpulan A dengan 10 mata daripada empat perlawanan, tetapi Serbia berada tiga mata di belakang dengan baki satu perlawanan dalam tangan.

Pemenang kumpulan akan layak secara automatik ke temasya tahun depan di Qatar, dengan naib juara kumpulan akan ke playoffs.

Perancis, yang bermain buat kali pertama sejak kalah kepada Switzerland di pusingan 16 terbaik di Euro 2020, ketinggalan satu gol di Strasbourg selepas rembatan dari jarak 20 meter Edin Dzeko menggegarkan gawang mereka.

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan apabila tandukan Dzeko terkena penyerang Perancis itu dan masuk ke gawang, tetapi pasukan tuan rumah kurang seorang pemain apabila Jules Kounde dibuang padang kerana bentesan keras di awal babak pertama.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan empat mata di hadapan Ukraine yang dibolosi di lewat permainan untuk seri 2-2 bersama Kazakhstan. Finland enam mata di belakang tetapi mempunyai baki dua perlawanan dalam tangan. - AFP

Keputusan terpilih lain:

Norway 1 Belanda 1

Turkey 2 Montenegro 2

Rusia 0 Croatia 0

Slovenia 1 Slovakia 1

Denmark 2 Scotland 0

Kepulauan Faroe 0 Israel 4

Moldova 0 Austria 2

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad