web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohd Saifuddin Sah Dilantik Setiausaha Agung FAM Baharu

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2021 11:56AM

Mohd Saifuddin Abu Bakar - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perunding Teknikal Liga Profesional Oman Mohd Saifuddin Abu Bakar, dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, berkuat kuasa 1 September.

FAM optimis pelantikan Mohd Saifuddin, 60, yang mempunyai pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa, selain dengan latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, akan memberi kebaikan kepada badan induk bola sepak negara itu.

“Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih, tinggi sambil memenuhi aspirasi pihak berkepentingan,” menurut kenyataan dikeluarkan FAM hari ini.

Mohd Saifuddin mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004 dengan menjawat jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM.

Beliau kemudian menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama tiga tahun selaku pegawai pertandingan, sebelum kembali semula ke FAM pada 2007 dan dilantik sebagai penolong setiausaha agung.

Pada 2009, Mohd Saifuddin meletak jawatannya itu dan berkhidmat sebagai Penolong Ketua Bahagian Pertandingan Qatar Stars League sehingga 2012, dan kemudiannya berhijrah ke Oman dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan sehingga 2019.

Mohd Saifuddin juga adalah Komisioner Perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC.

Pelantikan beliau sebagai setiausaha agung FAM yang baharu ialah susulan kekosongan ditinggalkan Stuart Ramalingam, yang dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Isnin lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar