web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kpah Sherman Pastikan 3 Mata Milik KDA FC Di Alor Setar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Aug 2021 8:05AM

Dua Pemain Kedah, Renan Da Silva Alves (kanan) dan Mohd Rizal Mohd Ghazali menyekat kemaraan pemain lawan, Charles William Hew Machell. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman (KDA) FC merampas kedudukan kedua Liga Super selepas mengatasi Perak FC 1-0 pada aksi yang berlangsung sengit di Stadium Darul Aman di Alor Setar, malam tadi.

Penyerang prolifik Kpah Sherman muncul wira pasukan tuan rumah selepas menanduk masa gol kemenangan pada minit ke-19 yang juga jaringan peribadinya ke-12 musim ini.

Kejayaan mengutip tiga mata itu membolehkan KDA FC berada di landasan tepat untuk menamatkan musim ini di belakang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumpul 38 mata daripada 18 perlawanan dengan empat lagi aksi perlu ditempuh.

Pencabar terdekat Terengganu FC (TFC) yang berada di kedudukan ketiga kini mengumpul 37 mata selepas mengharungi 19 perlawanan sekali gus menjadikan perebutan gelaran naib juara liga bertambah sengit.

Menurut kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (FAM) hari semalam, naib juara Liga Super akan menerima slot automatik beraksi di saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, selain satu lagi slot akan diberikan kepada juara Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, gol penyamaan Melaka United pada masa kecederaan separuh masa kedua memusnahkan impian Selangor FC untuk mengutip tiga mata penuh apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Skuad Gergasi Merah membuka tirai jaringan pada minit ke-18 hasil rembatan deras pemain import dari Myanmar Hein Htet Aung sebelum terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohamad Ashmawi Md Yakin dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Seakan permainan berakhir dengan kemenangan berpihak Selangor FC, pemain kebangsaan Filipina Manuel Gelito Ott muncul watak pemusnah apabila menjaringkan gol penyamaan di penghujung permainan.

Dalam pada itu, pasukan tercorot UiTM FC mengutip kemenangan kedua musim ini selepas mengejutkan Sabah FC 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Empat gol UiTM FC dijaringkan Kwon Yong-hyun menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 diikuti gol Joe Vinicius dua minit kemudian sebelum Sean Gan Giannelli meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit masing-masing pada minit ke-59 dan minit ke-66 untuk melengkapkan kemenangan tuan rumah.

Dalam pada itu, Selangor FC II menafikan impian Kuching City FC untuk mencatat kemenangan ketiga liga berturut-turut selepas terikat 1-1 pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Kuching City FC yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti disempurnakan Joseph Kalang Tie pada minit ke-62 terpaksa berpuas hati meraih satu mata selepas Selangor FC II bangkit meledak gol penyamaan sembilan minit kemudian menerusi penyerang import George Attram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar