web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liverpool Diikat Chelsea, City Tambah Sengsara Arsenal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 7:44AM

Pengadil Anthony Taylor melayangkan kad merah kepada pertahanan Chelsea Reece James. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea yang bermain dengan sepuluh pemain berjaya mengikat Liverpool 1-1 selepas keputusan mengarahkan Reece James keluar padang yang penuh dengan kontroversi, manakala Mikel Arteta pula mahu pemainnya “memandang cermin” selepas dibenam 5-0 oleh Manchester City.

Juara Eropah Chelsea terdahulu di depan selepas Kai Havertz menanduk masuk hantaran James dari sepakan penjuru pada minit ke-22.

Tetapi momentum perlawanan berubah selepas James diarahkan keluar padang pada waktu tambahan babak pertama.

Pertahanan Chelsea itu, berdiri di atas garisan gol, menghalang cubaan Sadio Mane dengan betisnya sebelum bola melantun kena tangannya selepas tandukan Joel Matip terkena palang gol.

Pengadil Anthony Taylor dinasihatkan untuk memeriksa insiden tersebut menggunakan monitor di tepi padang dan dia menganugerahkan sepakan penalti untuk Liverpool sebelum melayangkan kad merah kepada James.

Chelsea membantah keputusan tersebut dengan berang, tetapi Mohamed Salah dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut sebelum satu lagi protes daripada pertahanan The Blues Antonio Rudiger dan penjaga gawang Edouard Mendy menyebabkan pergaduhan.

Liverpool mendominasi aksi babak kedua tetapi Chelsea bertahan dengan hebat dengan Mendy menggagalkan beberapa cubaan Liverpool.

Arsenal kini telah tumpas dalam tiga perlawanan pembukaan musim ini dan juga gagal menjaringkan gol.

Anak buah Arteta berada di tangga tercorot liga selepas permulaan kempen yang paling teruk dalam sejarah kelab itu sejak 1954 dengan tekanan semakin menambah kepada pengurus dari Sepanyol itu.

Percaturan tiga pemain pertahanan gagal mengekang barisan serangan City yang memberi gambaran yang mereka mampu mempertahankan mahkota kejuaraan liga walaupun gagal membawa masuk khidmat Harry Kane dan Cristiano Ronaldo.

Ilkay Gundogan membuka jaringan sebelum Ferran Torres menambah gol kedua selepas mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan Arsenal pada minit ke-12.

Tugas Arsenal disukarkan lagi selepas bentesan Granit Xhaka ke atas Joao Cancelo menyebabkan dirinya dilayangkan kad merah.

Sebelum tamat babak pertama Gabriel Jesus menambah gol ketiga City sebelum Rodrigo dan Torres, dengan gol keduanya, melengkapkan jaringan.

Dalam aksi lain Everton menumpaskan Brighton 2-0 untuk memanjangkan urutan perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez.

Jaringan dari Demarai Gray dan Dominic Calvert-Lewin cukup untuk membawa tiga mata pulang buat The Toffees.

Patrick Vieira memperoleh mata pertamanya sebagai pengurus Crystal Palace selepas menyaksikan anak buahnya bangkit dua kali dari ketinggalan satu gol untuk seri 2-2 dengan West Ham.

Kelab yang baharu naik dari liga bawah Brentford meneruskan rekod tanpa kalah mereka selepas seri 1-1 dengan Aston Villa.

Southampton seri 2-2 dengan Newcastle dan Leicester menundukkan Norwich 2-1. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar