web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Syaiful Perbaharui Rekod Peribadi 100m Gaya Bebas Lelaki S5

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 5:49PM

Aksi Nur Syaiful dalam acara final 100m gaya bebas lelaki S5 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, menampilkan prestasi terbaiknya setakat ini, apabila berjaya memecah rekod peribadi 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo.

Memulakan aksi di lorong pertama, Nur Syaiful menamatkan saingan di tangga ketujuh daripada lapan pelumba, dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Perenang Sarawak itu mencatat masa 1 minit 15.12 saat, sekali gus memadam catatan peribadi terdahulu iaitu 1:15.39 di London, United Kingdom pada 2019.

Atlet Itali Francesco Bocciardo, menampilkan aksi bergaya apabila merangkul emas dengan catatan 1:09.56s diikuti perenang China Lichao Wang, dengan merekod masa 1:10.45s dan Daniel de Faria Dias dari Brazil gagal mempertahankan emas dimenanginya di Rio 2016, apabila hanya meraih gangsa dengan 1:10.80s.

Terdahulu, Nur Syaiful meloloskan diri ke peringkat akhir selepas menduduki tangga ketiga dalam saringan pertama dan ketujuh terbaik daripada 13 perenang secara keseluruhan.

Beliau mencatat masa 1:16.33 saat pada saringan tersebut.

Hanya lapan perenang terbaik daripada kedua-dua saringan yang dijalankan pagi tadi, mara ke akhir.

Semalam, Nur Syaiful, yang  mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada 2012, tidak berjaya layak ke peringkat akhir acara 200m gaya bebas lelaki S5, selepas penyertaannya dalam saringan pertama dibatalkan gara-gara isu teknikal.

Selepas dua aksi disertainya, atlet berusia 26 tahun itu masih berpeluang untuk meraih pingat, apabila dijadual beraksi dalam acara 50m gaya bebas lelaki (S5) dan 100m kuak dada lelaki (SB4) selepas ini, bagi melengkapkan kempen sulungnya pada temasya berprestij di Jepun itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

APG 2022: Muhammad Nur Syaiful Tuai Emas Pertama di Hangzhou

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kementerian Perpaduan Sasar Cipta Rekod Himpun Paling Ramai Memakai Pakaian Etnik Pada SMP 2023

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Kuartet Renang Lelaki Raih Perak, Lebur Rekod Kebangsaan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad