web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Perpaduan Sasar Cipta Rekod Himpun Paling Ramai Memakai Pakaian Etnik Pada SMP 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:45AM

l-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan majlis pembukaan SMP 2023 peringkat nasional itu di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak pada 21 Mei - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan untuk mencipta rekod kebangsaan dengan menghimpunkan sekurang-kurangnya 1,000 orang memakai pakaian pelbagai etnik pada Sambutan Minggu Perpaduan 2023 (SMP 2023) peringkat nasional di Kuching, Sarawak yang bermula pada 20 Mei ini.

Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata program itu adalah sebahagian daripada pengisian persempena dengan sambutan itu.

“Kita akan susun mereka di Jambatan Darul Hana dan kita akan cuba cipta satu rekod yang belum pernah dicipta sebelum ini,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara bertajuk “Sambutan Minggu Perpaduan 2023” terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata sambutan itu juga akan turut melibatkan pameran dari pelbagai agensi dan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Kita juga ada satu slot informasi di mana kita imbas kembali sejarah kemerdekaan negara. Jabatan Muzium Negara juga akan ada satu slot menunjukkan permainan tradisional. Jadi generasi muda boleh mencuba pelbagai permainan tradisional,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan majlis pembukaan SMP 2023 peringkat nasional itu di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak pada 21 Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet turut dijangka hadir pada majlis sambutan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad