web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


APG 2022: Muhammad Nur Syaiful Tuai Emas Pertama di Hangzhou

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 2:19PM

Malaysia raih emas pertama dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022 menerusi atlet renang, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dalam acara 100 meter kuak dada lelaki SB4. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Atlet renang, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli menyumbang pingat pertama kontinjen negara pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 apabila meraih emas dalam acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) hari ini.

Pada aksi final di Aquatic Sports Arena, Muhammad Nur Syaiful tiba di garisan penamat dengan mencatatkan satu minit 46.78 saat (s) yang juga rekod baharu temasya.

Muhammad Nur Syaiful mengatasi rekod milik Nguyen Tranh Trung dari Vietnam 1:50.91s yang dilakukan pada temasya 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Wakil tuan rumah Yin Wenhong meraih pingat perak dengan 1:53.29s, manakala gangsa dimenangi seorang lagi atlet Malaysia, Zy Lee Kher dengan masa 2:11.80s.

Ketika ditemui, atlet kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu berkata kejayaan diraihnya kali ini dapat menebus kekecewaannya selepas penyertaan dibatalkan dalam acara sama pada edisi Jakarta-Palembang 2018, kerana masalah teknikal.

“Untuk hari pertama ini saya tidak jangka dapat emas sebab acara ini susah. Tidak sangka dapat perbaharui rekod juga.

“Banyak lagi saya perlu perbaiki, namun saya cukup gembira dapat menebus kekecewaan pada Sukan Para Asia 2018,” katanya kepada Bernama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Kuartet Renang Lelaki Raih Perak, Lebur Rekod Kebangsaan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Perenang Negara Cipta 2 Rekod Kebangsaan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Brenda Anellia Raih Emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bryan Leong Lebur Rekod 13 Tahun Kuak Kupu-Kupu Lelaki Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek