web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Kuartet Renang Lelaki Raih Perak, Lebur Rekod Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:19AM

Atlet Renang negara Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun, Lim Yin Chuen dan Terence Ng Shin Jian meraih pingat perak dalam acara lelaki 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti akhir semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kuartet renang lelaki negara merangkul pingat perak dan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas pada temasya Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam tadi.

Pada aksi final yang mendebarkan, kuartet negara yang dibarisi pemenang emas 200m gaya bebas lelaki temasya, Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh Chahal dan Terence Ng menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa tiga minit dan 20.61 saat (s).

Biarpun tidak berjaya membutirkan pingat emas, kuartet negara sekurang-kurangnya boleh tersenyum apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 3:21.06s yang dilakukan Keith Lim, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze yang dicipta pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Emas menjadi milik Singapura selepas mengakhiri perlumbaan dengan catatan masa 3:17.35s manakala kuartet Vietnam meraih gangsa dengan catatan 3:21.09s.

“Ia adalah perlumbaan yang sangat baik, dapat tebus balik kekalahan tahun lepas, jadi rasanya seronok untuk kembali ke podium,” kata Arvin Shaun kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di sini, malam tadi.

Sementara itu, Hoe Yean berkata: “Ia agak sukar untuk saya kerana saya menghadapi acara berturut-turut hari ini, tetapi saya melakukan yang terbaik dan.. ya, saya sangat gembira dengan pingat perak,”.

Hoe Yean turut menambah koleksi pingatnya pada hari terakhir saingan renang apabila meraih gangsa dalam acara 200m kuak lentang dengan catatan 2:01.74s di belakang Tonnam Kanteemool dari Thailand yang memenangi emas (2:01.29s) dan perenang Vietnam Nguyen Tran Hung kedua (2:01.34s).

Dengan acara renang melabuhkan tirainya malam tadi, skuad renang kebangsaan mengumpul keseluruhan satu emas, dua perak dan empat gangsa, selain berjaya mencipta tiga rekod baharu kebangsaan masing-masing dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki, 400m individu lelaki medley dan 4x100 lelaki medley.

Kutipan pingat itu sedikit merosot berbanding edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas apabila Malaysia meraih satu emas, empat perak dan dua gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

APG 2022: Muhammad Nur Syaiful Tuai Emas Pertama di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek