Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 1 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 1 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 1 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 1 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Perenang Negara Cipta 2 Rekod Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:47AM

Tan Khai Xin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Perenang Malaysia mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam perjalanan untuk merangkul pingat gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Morodok Techo, di sini, semalam.

Perenang muda, Tan Khai Xin memulakan usaha mencipta rekod dalam acara 400 meter rampaian individu lelaki.

Bukan sahaja berpuas hati muncul pemenang pingat tunggal untuk kem renang negara, hari ini, tetapi beliau juga membuktikan kebolehannya dengan mencipta rekod kebangsaan dalam acara itu.

Khai Xin mencatat masa 4 minit 23.24 saat (s)untuk menggondol gangsa bagi pingat pertamanya di temasya dwitahunan itu dan memadam catatan masa sebelumnya 4:24.83s yang dicipta oleh Khiew Hoe Yean pada Kejohanan Sepanyol pada 2021.

Bercakap kepada media Malaysia, perenang berusia 19 tahun itu mengaku tidak pernah terfikir akan memecahkan rekod kebangsaan kerana hanya mengintai penamat podium di Kemboja selepas pulang dengan tangan kosong pada penampilan sulungnya di Hanoi pada 2021.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun, saya percaya boleh melakukannya dan gembira dapat melakukannya (memenangi pingat),” katanya selepas majlis penyampaian pingat,

Hung Nguyen Tran mendahului Vietnam pada penamat satu-dua apabila dia meraih emas dalam masa 4:19.12s, dengan Quang Thuan Nguyen meraih perak dalam masa 4:21.03s.

Rekod kebangsaan kedua diperoleh daripada kuartet 4x100m rampaian berganti-ganti lelaki iaitu Hoe Yean, Andrew Goh Zheng Yen, Bryan Leong Xin Ren dan Arvin Shaun Singh Chahal.

Walaupun menduduki tempat kelima, mereka masih wajar diberi pujian selepas mencatat masa 3:42.12s untuk memecahkan rekod berusia enam tahun iaitu 3:45.07s yang dibuat oleh Tern Jian Han, Wong Fu Kang, Chan Jie dan Keith Lim Kit Sern di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Singapura menang pingat emas dengan catatan masa 3:37.45s, diikuti Thailand (3:41.75s) dan  Indonesia (3:41.92s).

Jurulatih renang kebangsaan, Chris Martin, memuji usaha kuartet lelaki negara dalam mencipta rekod kebangsaan baharu.

“Ya, saya fikir mereka akan (memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini)... ia adalah (suatu) saingan yang menarik dan sengit. Renangan sungguh berani oleh mereka,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, dua perenang wanita negara - Kelly Teo Yao dan Hooy Jia Yee - gagal memberi impak selepas masing-masing menduduki tempat keenam dan terakhir dalam acara 400m gaya bebas.

Teo Yao (4:32.15s) dan Jia Yee (4:37.55s) berada jauh daripada rentak apabila  perenang Singapura, Ching Hwee Gan, mendominasi perlumbaan untuk menang dalam masa 4:15.17s, diikuti oleh rakan senegaranya, Ashley Yi-Xuan Lim (4:17.16 s) dan Kamonchanok Kwanmuang dari Thailand (4:21.79s). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Maaf, Kami Juga Sayangkan Anda’: Coldplay Kekal Positif Biarpun Ada Pihak Tidak Selesa Kehadirannya

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Tiada Sesiapa Dikecualikan’, Chris Martin Ajak Semua Datang Ke Persembahan Coldplay

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hadi Awang Hisap Rokok Apa? Tawaran Sertai Kerajaan Hanya Retorik

oleh Aiman Sadiq

Semasa 10 jam yang lalu

TPM Fadillah Yakin Mesyuarat Mengenai EUDR Akan Membuahkan Hasil  

Semasa 12 jam yang lalu

El Nino Burukkan Jerebu Di Malaysia 

Semasa 10 jam yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini