web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersara Selepas Paris 2024, Azizulhasni Idam Emas Di Pentas Terakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 6:17PM

Olimpik Paris adalah pentas terakhir untuk Azizulhasni beraksi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jaguh lumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Mohd Awang mengumumkan persaraannya, yang akan berkuat kuasa selepas temasya Olimpik Paris 2024 berakhir.

Menurut beliau, Olimpik Paris adalah pentas terakhir untuk beliau beraksi, sebelum mengundur diri bagi memberi laluan kepada pelumba muda untuk sama mencipta kejayaan buat negara.

Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, beliau turut merancang untuk mengurangkan penyertaan pada kejohanan lain, agar dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap misi menyambar emas di Paris kelak.

“Pertandingan besar terhampir ialah Kejohanan Dunia di Paris pada awal Oktober dan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

“Selepas itu saya akan berehat sebentar bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap misi memburu kilauan emas Olimpik di Rio,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di sini hari ini.

Azizulhasni berkata, emas sememangnya menjadi idaman selepas berjaya meraih gangsa di temasya Olimpik Rio pada 2016.

“Olimpik Tokyo saya menggenggam perak, justeru sudah pasti emas pula menjadi idaman di Paris,” katanya, tersenyum.

Terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman, pelumba berusia 33 tahun itu turut tidak keberatan membantu barisan pelumba muda untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

“Bagi saya atlet itu sendiri kena letak sasaran lebih tinggi. Sebab biasanya mereka hilang arah bila melakar kejayaan di Sukan SEA,” katanya

Dalam perkembangan lain, beliau turut melahirkan harapan untuk melihat kontrak jurulatihnya John Beasley disambung lagi.

Kata Azizulhasni, besar harapannya untuk sekali lagi mendapatkan khidmat Beasley, khususnya bagi mempersiapkan diri bertarung buat kali terakhir di Paris.

“Sekarang ini yang saya tahu dalam peringkat perbincangan.

“Kalau untuk saya sudah tentu saya perlukan khidmat Beasley, lagipun Olimpik di Paris hanya tiga tahun saja lagi, kalau tidak disambung ia pasti menganggu latihan saya,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad