web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hyeri Menangis Di Hari Terakhir Penggambaran My Roomate Is A Gumiho

Hyeri terharu dengan respons peminat malah kekasihnya, Ryu Jun-yeol menjadi penyokong kuat sepanjang menyelesaikan projek ini.

Seni & Hiburan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon utama drama My Roommate is a Gumiho, Hyeri tidak dapat menahan air matanya daripada tumpah di hari terakhir penggambaran drama bersiri 16 episod itu. 

Dalam sebuah vlog berdurasi kira-kira tujuh minit itu, Hyeri mengakui sedih melepaskan watak Lee Dam. Ketika merakamkan video berkenaan, Hyeri turut menerima kejutan dan hadiah daripada peminat serta kru penerbitan hingga menangis terharu. 

“Kami melakukan penggambaran pada musim salji. Cuaca sangat sejuk malah jadual penggambaran pun padat. Nasib baik saya bergandingan dengan pelakon dan kru yang baik sehingga berasa seronok di lokasi,” katanya kepada portal Soompi

Melihat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Hyeri mengakui terharu dengan respons yang diterima selain mengatakan kekasihnya, Ryu Jun-yeol menjadi penyokong tegarnya sepanjang menyelesaikan projek ini.

“Drama ini sangat bermakna buat saya. Banyak sokongan dan kasih sayang ditunjukkan kepada kami sehingga merasakan projek ini begitu membahagiakan. 

“Saya sangat bersyukur kerana kekasih saya menghormati dan menjadi penyokong kuat sepanjang melakonkan watak Lee Dam. Dia juga menonton setiap episod drama ini,” tambahnya lagi

Hyeri dan Ryu Joon-Yeol mendedahkan hubungan mereka kepada publik pada 2017 setelah sama-sama tampil sebagai sebagai bintang utama drama Reply 1988.

My Roommate is a Gumiho mengisahkan Shin Woo-yeo, seekor gumiho (musang berekor sembilan) jantan berusia 999 tahun terdesak mahu menjadi manusia. Untuk merealisasikan hasrat itu, dia mengumpulkan tenaga manusia dalam manik besar. Keadaan menjadi huru-hara apabila Lee Dam, seorang mahasiswa fakulti sejarah tidak sengaja menelan manik miliknya itu. 

Dalam situasi itu, dia tiada pilihan selain membenarkan Lee Dam menetap di rumahnya dan bermulalah bibit percintaan di antara mereka.  - Getaran, 20 Julai 2021

Sumber Foto: Soompi 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.