web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jijik Dan Mual, Lambakan Iklan Lucah Penuhi Pasaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 5:20PM

Antara papan iklan yang dipaparkan di tepi lebuh raya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Menjijikkan dan memualkan; itu tanggapan sejumlah besar pembaca tatkala mata mereka singgah pada beberapa iklan menjual bahan kecantikan di media sosial, yang didakwa boleh “memantapkan” aset kaum Hawa.

Kumpulan iklan berkenaan didakwa terlalu menjolok mata apabila menggunakan ayat-ayat berunsur lucah dan berbaur seksual, semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan.

Getaran, dalam tinjauan ke atas beberapa laman media sosial untuk melihat kebenaran iklan itu turut tercengang, apabila mendapati laras bahasa digunakan amat keterlaluan, sekali gus bertentangan dengan budaya masyarakat Timur yang amat menitikberatkan kesopanan.

Seorang ibu, Kamariah Abdullah, 35 ketika dihubungi menegaskan, beliau jijik melihat iklan seperti itu yang jelas boleh memberikan pengaruh tidak sihat ke atas generasi muda.

“Iklan semacam ini, anak-anak tengok pun tak elok,” keluhnya, merujuk kepada iklan menjual serum “membesarkan payu dara” yang terpapar ketika sedang melayari internet menggunakan telefon bimbit.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meluahkan kekesalan apabila melihat iklan berunsur lucah tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini, termasuk yang dipaparkan secara terbuka di papan iklan di sepanjang lebuh raya.

“Tidak cukup di media sosial, pengguna lebuh raya pun sering terlihat iklan seumpama ini dan ia begitu memalukan.

“Apa sudah jadi dengan masyarakat Malaysia, apakah nilai kesopanan dan kesusilaan itu sudah semakin terhakis oleh perubahan zaman,” tegasnya.

Kamariah mengakui amat kecewa melihat iklan seumpama itu yang dianggap menjatuhkan maruah kaum wanita secara tidak langsung, apabila secara terbuka membicarakan perihal alat sulit golongan berkenaan.

Antara iklan berbaur lucah yang digunakan untuk mempromosikan produk.
Antara iklan berbaur lucah yang digunakan untuk mempromosikan produk.

“Nampaknya kebelakangan ini, ramai pengusaha produk mengetepikan batas tradisi dalam mempromosikan iklan, menyebabkan iklan lucah terpampang di tempat terbuka,” jelas Kamariah.

Ibu muda itu berkata, perkataan dan ayat digunakan dalam iklan berkenaan tidak sepatutnya dipertonton kepada umum, lebih-lebih lagi kepada anak kecil.

“Tak cukup dengan itu, ada pula jenama yang menggunakan perkataan lucah menggambarkan seakan-akan ‘payu dara’. 

“Walaupun ejaannya berbeza namun cara sebut adalah sama dan perkara ini boleh memberi pengajaran tidak baik untuk masyarakat, lebih-lebih lagi kanak-kanak,” katanya lagi.

Tidak dapat dinafikan, lambakan produk berasaskan kosmetik dan penjagaan harian memenuhi pasaran tempatan ketika ini dan ia didorong oleh permintaan hangat masyarakat setempat.

Majoriti produk seumpama ini dijual secara atas talian malah sejumlah besar daripadanya dikesan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Demi melariskan produk masing-masing dan meredah saingan, pengeluar dan pengedar dilihat tidak teragak-agak menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan untuk menarik minat pembeli.

Dalam hal ini, ada segelintir penjual didapati agak ‘terdesak’ untuk melakukan produk sehingga tergamak menggunakan strategi pengiklanan yang tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

Di sebalik kegilaan ini bagaimanapun masih ada yang berpegang kepada konsep pengiklanan dan pemasaran secara beradab, bagi memastikan peradaban budaya Timur itu kekal terpelihara.

Pengusaha produk berasaskan jamu, Sheima Nadzri, 32 berkata, beliau lebih selesa mengamalkan konsep pemasaran yang sederhana dan mengelakkan sebarang elemen lucah, walaupun ia berfungsi merawat kesihatan dalaman lelaki serta wanita.

Pengasas Jamu Addicted sejak tiga tahun lalu itu berkata, golongan wanita antara individu yang mudah terpedaya membeli produk kesihatan melalui iklan yang dipaparkan di dalam media sosial.

“Ada juga iklan berkaitan produk tersebut tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Lebih menjijikkan lagi, ayat-ayat yang digunakan sangat tidak sesuai untuk bacaan umum,” ujarnya.

Dalam berniaga, pasti banyak kaedah dan cara untuk melariskan produk jualan, bermula dengan teknik pengiklanan hangat dan promosi sehingga testimoni pengguna yang berpuas hati dengan produk diambil.

Namun dalam tidak sedar, mungkin ada dalam kalangan pengasas produk yang telah melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dalam sumber rezeki mereka terutama sekali melibatkan peniaga muslim.

Untuk makluman, visual iklan papan hendaklah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendapatkan pengesahan. 

 Antara lain, semua papan iklan dilarang mengiklankan visual minuman keras, rokok, gambar menjolok mata, tidak sopan atau berbentuk lucah.

Apapun perniagaan dilakukan, penjual tidak perlu menggadai kesantunan diri sendiri dengan menggunakan pengiklanan berunsur lucah kerana ia mengundang persepsi salah masyarakat.

Dalam dunia bergelut dengan salah laku seksual di merata tempat dan pelbagai peringkat usia, pengiklanan mengandungi unsur lucah hanya mengundang keghairahan tidak bertepi dan merosakkan minda generasi muda. - Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad