web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Tangguh Perbicaraan 1MDB

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 3:55PM

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk perbicaraan kes berhubung dana 1Malaysia Development Berhad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sementara menunggu satu keputusan berkaitan tindakan undang-undang di Mahkamah Amerika Syarikat.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sedang memohon bagi mendapatkan nama pegawai-pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menerima rasuah daripada Goldman Sachs Group Inc dan bekas pengarahnya Tim Leissner.

"Dalam prosiding di mahkamah AS, yang menyaksikan Leissner dan Goldman Sachs mengaku bersalah, Leissner berkata dan mengakui kenyataan bahawa beliau telah membayar rasuah kepada beberapa pegawai dalam 1MDB.

"Mereka mengaku perbuatan rasuah, dan sehubungan itu kami memfail permohonan penemuan, dan meminta supaya Leissner dan Goldman Sachs mendedahkan nama-nama mereka yang menerima rasuah,” katanya dan menambah bahawa permohonan yang dibuat selaras dengan United States Code itu difail pada 17 November lepas.

Muhammad Shafee berkata pendedahan nama-nama mereka, adalah relevan dengan kes pembelaan, bagi menunjukkan bahawa saksi-saksi tidak mempunyai kredibiliti, malah mereka sebenarnya adalah instrumen bagi ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low.

"Pihak pembelaan juga boleh menunjukkan bahawa Jho Low, Leissner dan Goldman Sachs telah bekerjasama untuk masuk serta merosakkan 1MDB, dan menggunakan wang daripada syarikat itu untuk pelbagai kegunaan.

"Selepas mendapat dokumen-dokumen yang berkaitan menerusi permohonan itu, kami juga bercadang untuk memanggil semula beberapa saksi, termasuk ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri untuk pemeriksaan balas,” katanya.

"Ini (penemuan) amat relevan kerana saya telah bertanya kepada Shahrol Azral mengapa dia hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan Jho Low.

"Begitu juga, kita akan mendapati agak mengejutkan pendedahan yang dibuat oleh Mohd Hazem Abd Rahman (saksi semasa pihak pendakwaan), kerana dia beritahu bahawa arahan-arahan Jho Low perlu dipatuhi,” tambahnya.

Beliau berkata semua ini akan menjawab sama ada semua karakter berkenaan telah menerima pembayaran haram, yang merupakan perkara yang didedahkan dalam prosiding Leissner dan Goldman Sachs di Amerika Syarikat.

Muhammad Shafee turut memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan 1MDB kerana pihak pembelaan amat memerlukan masa untuk bersiap sedia dalam pendengaran rayuan Najib berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan.

"Kami perlu menghantar hujah bertulis menjelang 1 Mac ini,” kata Muhammad Shafee.

Sementara itu timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan mengambil berat soal perbicaraan yang seharusnya diteruskan dan tidak akan campur tangan dalam permohonan di Amerika Syarikat, kerana mereka bukan pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Bagaimanapun memandangkan permohonan di Amerika Syarikat amat penting bagi pihak pembelaan, kami serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan sekiranya perbicaraan perlu diteruskan atau ditangguhkan,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudiannya menolak permohonan penangguhan, namun menetapkan satu tarikh perbicaraan pada bulan April ini.

"Pihak pembelaan boleh memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk disoal semula sekiranya ada keperluan, atau sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan perkara itu di mahkamah Amerika Syarikat. Saya bersimpati dengan situasi anda, tapi kita perlu meneruskan perbicaraan kes rasuah 1MDB ini,” kata hakim berkenaan.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan balas saksi ke-10 pihak pendakwaan Mohd Hazem oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan diteruskan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

2

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad