web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ya, Saya Yang Tulis Surat Sahkan Sokongan Pada PM - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 3:06PM

Ismail Sabri bercakap dengan wartawan selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan peralatan masjid kepada wakil penduduk dari lima kampung sekitar Parlimen Bera.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau menulis surat menyatakan sokongan 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan minggu lepas.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun perkara itu dipersoalkan Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Safri Ab Aziz kerana menggunakan kepala surat berlogo BN, tidak timbul persoalan mengenai kandungan surat yang menyatakan sokongan berkenaan.

“Surat itu, berita itu memang (betul) 40 ahli Parlimen (BN) memberikan sokongan kepada (kerajaan) Perikatan Nasional (PN).

“Cuma yang dipersoalkan oleh Setiausaha Eksekutif BN ialah kenapa guna ‘letterhead’ (BN), tapi kami kalangan ahli Parlimen BN, kita ahli Parlimen BN, 40 ahli yang sama-sama membuat persetujuan tersebut, apabila saya nak buat ‘press release’, saya nak gunakan ‘letterhead’ apa? jadi, saya gunalah ‘letter head’ BN, takkan saya nak gunakan ‘letter head’ lain.

“Persoalan ditimbulkan ialah penggunaan ‘letter head’ BN dan bukannya tak betul 40 ahli Parlimen sokong kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 ahli Parlimen daripada UMNO (38), dua dari MCA dan masing-masing satu dari MIC serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan peralatan masjid kepada wakil penduduk dari lima kampung sekitar Parlimen Bera di perkarangan Masjid Charuk Puting, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga sudah memutuskan bahawa semua ahli Parlimen boleh menggunakan budi bicara masing-masing untuk menentukan sokongan terhadap kerajaan PN.

“Dari segi soal menarik sokongan, tidak timbul pun ketika mesyuarat MT, Ahli Parlimen ke, Menteri ke tidak perlu pun meletak jawatan, cuma bagi dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), semua ahli Parlimen perlu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Tapi, kalau dari segi undang-undang, kalau menarik sokongan kepada Perdana Menteri, samalah seperti menarik sokongan kepada kerajaan dan kerajaan akan tumbang. Kita tidak boleh mengambil tindakan yang akan meruntuhkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan menangguhkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan esok, beliau berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen sejak Isnin lalu.

Pada 28 Julai lepas, Dr Noor Hisham mengesahkan 56 kes positif dikesan dalam ujian saringan yang dilakukan antara 21 hingga 25 Julai lalu bagi sesi Mesyuarat Khas Parlimen manakala ujian saringan pada Khamis lepas pula mendapati 11 lagi individu turut positif.

“Kalau di tempat lain, jika jumlah kes (positif) dikesan melebihi 40, kita sudah arahkan (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi inilah yang orang marah, seolah-olah kami ini ‘kayangan’ ada imuniti dan kekebalan.

“Sebenarnya, sebelum Mesyuarat Khas (Dewan Rakyat) bermula, pagi Isnin itu, kita sudah mengadakan mesyuarat yang dihadiri Speaker (Tan Sri Azhar Azizan Harun) serta wakil-wakil parti dan ketika mesyuarat itu, Dr Noor Hisham sudah memberikan dua cadangan iaitu menangguhkan persidangan dan mengurangkan masa perbahasan, selain jumlah kehadiran ahli Parlimen dihadkan kepada 80 orang.

“Namun, cadangan itu tidak diendahkan dan persidangan diteruskan yang akhirnya menyaksikan peningkatan kes. Penangguhan (Mesyuarat Khas Dewan Rakyat) ini berdasarkan fakta sains dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin berkaitan cadangan penubuhan kerajaan interim, Ismail Sabri berkata, beliau difahamkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada istilah Perdana Menteri Interim atau Kerajaan Interim dan menganggap semua itu hanya khabar angin yang tidak perlu dilayan. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran