web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


65 PATI Ditahan Dalam Ops Patuh Bersepadu Ranau

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 9:00PM

Sejumlah 28 lelaki, 15 wanita dan 22 kanak-kanak ditahan dalam Ops Patuh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Seramai 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Patuh Bersepadu di 10 lokasi berasingan di sini, tengah malam tadi.

Ia membabitkan penahanan 28 lelaki, 15 wanita dan 22 kanak-kanak, masing-masing berusia satu hingga 70 tahun.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin, Jabatan Imigresen menerima aduan awam berhubung kehadiran beberapa individu dipercayai PATI di kawasan mereka.

Operasi kali ini katanya, menjadikan lokasi tapak pembinaan seperti rumah kongsi tapak pembinaaan jalan Mesilau Golf Course Kundasang, kuarters rumah pekerja Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tanah Merah dan rumah pekerja loji tapak pembinaan Tangki Air Kundasang sebagai sasaran.

“Selain itu, pemeriksaan turut dilakukan sekitar pekan Kundasang, Jalan Pinousuk, Kampung Sinisan dan Babukan,” katanya.

Jonathan memberitahu, seramai 173 individu diperiksa sepanjang operasi dengan 65 daripadanya gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Ada juga yang berani mengemukakan dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa, selain melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dalam negeri ini.

“Operasi ini turut membabitkan majikan disyaki mengambil pekerja PATI, termasuk melindungi sindiket yang membawa mereka ke sini,” katanya.

Objektif utama operasi ini katanya, adalah untuk membanteras kehadiran PATI dan individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan ditetapkan, termasuk aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(1) Akta Imigresen 1959/63. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar