web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Fish Bank, 2 Jam Agih 2,000 Kilogram Pelaling

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 5:36PM

Mohd Rofzan mengagihkan ikan percuma kepada penduduk sekitar Kuantan pada program ‘Fish Bank’ anjuran MO Wholesales di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jika sebelum ini kita biasa mendengar mengenai kewujudan Bank Makanan bagi membantu golongan terkesan akibat COVID-19, rangkaian pasar raya borong MO Wholesales beribu pejabat di sini pula mencipta kelainan dengan memperkenalkan inisiatif Fish Bank.

Program itu dilaksanakan pagi tadi, bermula jam 8.30 pagi di perkarangan pasar raya berkenaan yang terletak di Kompleks Pasar Borong Baru Kemunting, Jalan Tanah Putih.

Pengarah Eksekutif Operasi MO Wholesales, Mohd Rofzan Mohd Latiff berkata, idea memperkenalkan Fish Bank itu tercetus selepas mendapati bantuan barangan basah masih berkurangan, walaupun sumbangan bekalan keperluan asas banyak digerakkan untuk golongan memerlukan.

“Kalau sebut Food Bank memang kita sudah biasa dengar dan ramai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas kepada mereka (yang terkesan), cuma bantuan barangan basah seperti ikan, agak jarang kita dengar.

“Jadi, dari situ kami dapat idea untuk melancarkan program Fish Bank dan hari ini, kami menyediakan kira-kira 2,000 kilogram (kg) ikan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar bandar raya Kuantan,” katanya ketika ditemui sejurus selepas program di sini.

Mohd Rofzan berkata, pengagihan dibuat menerusi kaedah pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, memandangkan Kuantan masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menerusi program berkenaan katanya, setiap penerima diberikan 2 kilogram ikan jenis Pelaling dan proses pengagihan 2,000 kg ikan berkenaan selesai sepenuhnya dalam masa kira-kira dua jam.

Ditanya mengenai perancangan MO Wholesales seterusnya bagi membantu kumpulan yang terdepan masalah kehilangan sumber pendapatan, Mohd Rofzan berkata, pihaknya akan melancarkan Bank Makanan di perkarangan pasar raya miliknya itu tidak lama lagi, di samping meneruskan pengagihan ikan percuma dari semasa ke semasa.

“Program hari ini adalah sebagai permulaan dan kita juga sedang merancang untuk menyediakan rak Food Bank di pasar raya kami untuk memudahkan mereka (yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan) mendapatkan bantuan barangan keperluan asas.

“Begitu juga dengan program Fish Bank ini, kita akan teruskan dari semasa ke semasa, bergantung kepada bekalan ikan yang kita perolehi. Macam hari ini, kita agihkan ikan jenis Pelaling kerana stok yang banyak ketika ini adalah ikan jenis itu, kalau selepas ini ada stok (banyak) ikan jenis lain, kita agihkan ikan (jenis) lain pula,” katanya yang memaklumkan program sama akan diperluaskan ke semua enam rangkaian pasar raya milik MO Wholesales secara berperingkat.

Getaran difahamkan, program Fish Bank sesi kedua akan diadakan di cawangannya di Kemaman, Terengganu, dalam masa terdekat. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran