web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Pemilik Rumah Bonda Dirujuk TPR - JSJ Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 3:52PM

Bella mengalami kecederaan parah, dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap pengasas pusat perlindungan Rumah Bonda sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk proses selanjutnya, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menurut beliau, polis mencadangkan supaya pemilik bersama tiga lagi individu didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat TPR pada 13 Julai lalu dengan cadangan mendakwa suspek bersama tiga yang lain.

“Pada 14 Julai satu lagi kertas siasatan dibuka kengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pusat Asuhan 1953 kerana gagal memberi jagaan dan pengawasan yang mencukupi,” katanya.

Menurut beliau, suspek yang juga pengasas pusat jagaan terbabit berusia 29 tahun ditahan semalam pada jam 10.36 pagi di kediamannya di Wangsa Maju.

“Permohonan reman telah dibuat hari ini namun tidak diluluskan mahkamah, justeru dia terpaksa dibebaskan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella mengalami kecederaan parah, dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Rumah kebajikan itu, yang disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terletak di Jalan Kukuban di Taman Setapak di sini, dan turut berdepan perintah sita oleh mahkamah 5 Julai lalu.

Nasib malang menimpa Bella mendapat perhatian meluas seluruh negara, menyebabkan tanda pagar #justiceforBella turut trending di media sosial.

Anak malang itu kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan. - Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad