web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bicara Guan Eng: CZBUCG Dilantik Kontraktor Sebab Dapat Markah Tinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 7:10PM

Lim Guan Eng - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas Exco Pulau Pinang hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) telah dilantik bagi menjalankan projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu kerana syarikat itu mendapat ‘markah tertinggi’ bagi keseluruhan penilaian teknikal dan kewangan.

Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata CZBUCG yang ditubuhkan atas gabungan syarikat Zenith BUCG, Juteras Sdn Bhd dan Sri Tinggi Sdn Bhd telah mendapat syor oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Negeri itu kerana ia telah melepasi syarat-syarat dalam Request for Proposal (RFP) (Permintaan Untuk Cadangan).

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata Iklan Pre-Qualification (Prakelayakan) melalui laman web Kerajaan Negeri dibuat pada 11 Nov 2011, manakala iklan melalui akhbar tempatan dibuat 15 Nov 2011.

Katanya, taklimat tender dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 29 Nov 2011 dan 14 Dis pada tahun sama, di Menara Komtar yang dihadiri 60 syarikat termasuk syarikat asing dan tempatan.

“Selepas taklimat selesai, 11 syarikat menghantar dokumen prakelayakan dan syarikat yang melepasi prakelayakan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Kanan Kewangan Negeri Datuk Mokhtar Jait.

“Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk menilai dan membuat syor untuk pemaju menyertai RFP," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari ketiga perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.

Katanya, lapan syarikat berjaya melepasi syarat prakelayakan iaitu China State Construction Engineering Corporation Ltd & VST Cemerlang Sdn Bhd, Setia Precast Sdn Bhd, ECK Construction Sdn Bhd, Gamuda  Berhad, Zambina Wawasan Sdn Bhd, IJM-CRGL Joint Ventures, Consortium Zenith BUCG Juteras & Sri Tinggi JV dan WCT Daewoo Joint Ventures. 

Ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai prosedur tender, Hock Seng berkata satu dokumen RFP telah dibuat oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan diserahkan kepada lapan syarikat itu, bagi membuka pelawaan RFP yang mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

“Bagaimanapun pada 19 Mac 2012, YB Lim telah mencadangkan untuk mewujudkan dua jawatankuasa berasingan iaitu Teknikal dan Kewangan dalam penilaian RFP. Cadangan itu dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tarikh yang sama.

"Setahu saya, syarikat CZBUCG dilantik kerana mendapat markah tertinggi bagi keseluruhan penilaian teknikal dan kewangan. Perkara ini kemudiannya telah diangkatkan kepada Exco Negeri untuk kelulusan," katanya. 

Semalam, Hock Seng ketika memberi keterangan memberitahu mahkamah bahawa Lim memberi nombor telefon dua wakil syarikat pembinaan iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Lee Chee Hoe untuk membincangkan mengenai projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu pada 26 Jan 2011.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran